Adakah sifat manusia halangan kepada sosialisme?
Oleh John Molyneux
Diterbitkan buat kali pertama pada bulan Februari 1993. Dicetak semula pada bulan Mei 1999. Hak cipta Parti Pekerja Sosialis (Britain).
Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (Jun 2002).
Perdebatan anti-sosialis
“Sosialisme adalah idea yang baik, tetapi ia tidak akan berjaya. Anda tidak dapat mengubah sifat manusia!” Inilah bantahan paling biasa dan berpengaruh terhadap sosialisme. Ia adalah perdebatan pertama yang bangkit di lantai kilang, di kantin tempat bekerja atau di kedai minuman. Ia adalah perdebatan yang ramai ahli-ahli politik dan akaliah-akaliah menggunakan.
Ia juga adalah perdebatan yang diterima oleh kebanyakan orang yang sememangnya ingin melihat masyarakat yang lebih adil tetapi tidak dapat percaya bahawa ia tidak mustahil. Malah, ia diterima oleh beberapa orang yang menganggap diri mereka sebagai sosialis, seperti kebanyakan penyokong parti-parti buruh dan demokrasi sosial. Kesannya adalah bahawa mereka melemahkan sosialisme sehingga ia hanya bermakna bermain dengan sistem yang sedia ada dan bukannya mencuba mengubah sistem tersebut secara asas.
Perdebatan sifat manusia dapat kelihatan seperti sangat berguna kepada mereka yang menentang sosialisme. Ia adalah ringkas, tajam dan menusuk – jawapan satu ayat yang seolah-olah tidak memerlukan pertimbangan seterusnya. Ia berhubung dengan pelbagai lagi idea yang dipupuk dengan luas, misalnya, “Orang atasan telah wujud dari mula-mulanya,” “Manusia, pada asasnya, adalah tamak,” “Beberapa orang sentiasa menginginkan lebih daripada orang lain,” “Revolusi sentiasa tidak berjaya dan membawa penindasan.”
Perdebatan ini bertumbuh dari idea Kristian lama bahawa umat manusia dilahirkan dalam dosa asal, diwarisi dari generasi-generasi dari Adam dan Eve di Taman Eden. Konsep bahawa terdapatnya sesuatu kelemahan asas dalam sifat manusia, yang menjadikan kesama-rataan dan kerjasama di antara manusia sesuatu yang mustahil, seolah-olah memberikan penjelasan mudah bagi kebanyakan kezaliman di dunia – seperti rasisme dan seksisme. Isu-isu politik khusus seperti kemerosotan Revolusi Rusia ke dalam pemerintahan diktator Stalinis, dan kegagalan sosialisme di Eropah Timur dan Negara Cina juga disalahkan pada sifat manusia.
Idea-idea ini seolah-olah berkenaan dengan pengalaman semua orang. Sememangnya, siapakah yang tidak pernah melihat bersaing dengan kenaikan pangkat, atau dihampakan oleh sahabat, atu disedihkan oleh sikap tidak peduli dan ketamakan manusia? Pengalaman-pengalaman ini telah membantu meningkatkan perdebatan sifat manusia kepada ‘akal waras.’ Namun demikian, kita akan melihat mengapa ini adalah palsu.
Sifat manusia dapat berubah
Mengapakah orang mendakwa bahawa sifat manusia menjadikan sosialisme mustahil? Mereka mengatakan bahawa terdapatnya beberapa ciri, corak-corak tingkah-laku dan sikap-sikap asas yang dikongsi oleh semua atau hampir kesemua manusia dan bahawa ini adalah tidak sepadan dengan pencapaian masyarakat tanpa kelas berdasarkan permilikan dan kawalan bersama.
Terutamanya, ia diperdebatkan bahawa kebanyakan orang adakah bersifat tamak dan bercita-cita, maka mereka menginginkan lebih daripada bahagian adil mereka dan untuk menguasai orang lain.
Tetapi mana-mana kajian ke atas cara manusia berkelakuan malah dalam masyarakat kita menunjukkan bahawa ini adalah salah. Sememangnya terdapat pelbagai contoh ketamakan dan cita-cita – lihat sahaja parti Konservatif di Britain, Rupert Murdoch atau mana-mana ahli politik yang memenangi pilihanraya presiden Amerika Syarikat. Namun, terdapat lebih banyak contoh pengorbanan diri, keberanian dan belas kasihan.
Orang merisikokan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang lain dalam malapetaka; Nelson Mandela telah dipenjarakan selama 27 tahun kerana wawasan yang dia memegang; pelajar-pelajar dan para pekerja telah berdiri teguh di Dataran Tiananmen di Negara Cina pada tahun 1989 sambil kereta-kereta kebal mendekati. Terdapat juga contoh-contoh seharian: ibubapa yang menunjukkan kasih sayang terdapat anak yang kurang bernasib baik; para pekerja yang bekerja dalam bidang kesihatan dengan gaji yang rendah dan enggan mencari gaji yang lebih tinggi di pejabat atau kilang; sikap murah hati orang dalam balasan mereka terhadap pihak-pihak kebajikan.
Apabila berkenaan dengan isu-isu seperti perkhidmatan kesihatan, pihak yang tidak berumah, pensyen golongan tua dan membantu golongan miskin, pendapat awam adalah bersifat baik hati dan penyayang. Sepanjang tahun 1980-an, apabila Britain kononnya dipengaruhi oleh ketamakan Margaret Thatcher, majoriti-majoriti besar seringkali dijumpai dalam sokongan bagi nilai-nilai kolektifis seperti sokongan bagi perkhidmatan kesihatan dan pensyen.
Malah, apabila kerajaan-kerajaan sedang merancangkan peperangan imperialis yang paling kejam dan zalim, mereka sedar bahawa mereka mesti mendapat sokongan awam, bahawa mereka mesti mendakwa sesuatu alasan yang munasabah. Britain telah memunasabahkan perlibatannya dalam Perang Dunia Pertama dengan mendakwa bahawa mereka akan menyelamatkan Belgium yang kecil. Serupa dengan itu, menyelamatan kaum Albania di Kosovo dari “pembunuhan kaum” digunakan untuk memunasabahkan peperangan NATO pada Serbia.
Contoh-contoh ini bukannya bertujuan untuk membuktikan bahawa sifat manusia adalah tidak tamak. Tetapi ia menunjukkan bahawa ia adalah melucukan untuk mendakwa bahawa orang adalah tamak secara semulajadi. Ini terutamanya adalah benar apabila ia diingati bahawa inilah cara orang berkelakuan dalam masyarakat kapitalis, yang sentiasa menggalakkan ketamakan, persaingan dan sikap rakus.
Sebenarnya, seseorang dapat berganti-ganti sebagai bersikap tamak dan murah hati, penakut dan berani, mendesak dan tersirat, dan bukannya bersifat baik hati secara semula jadi atau jahat secara semulajadi. Terdapatnya individu-individu yang akan mengorbankan apa sahaja demi keluarga mereka tetapi tidak akan membantu jiran mereka. Terdapat orang lain yang akan memberikan derma besar kepada pihak kebajikan tetapi tidak membantu anak mereka sendiri. Beberapa orang sangat menyayangi binatang, tetapi tidak menunjukkan kasih sayang terhadap umat manusia, sambil yang lain adalah bertentangan dengan itu.
Segalanya bergantung pada keadaan-keadaan. Ia bergantung pada perasaan orang, jika mereka berasa terancam atau kuat dan yakin. Ia bergantung pada cara isu dalam tangan berkenaan dengan sikap-sikap yang telah disemai dalam diri mereka sepanjang hayat. Pendek kata, sikap orang berubah sambil keadaan-keadaan kehidupan dan pengalaman mereka berubah.
Jika ini adalah benar mengenai individu-individu, sejarah menunjukkan bahawa ia adalah lebih benar lagi mengenai masyarakat-masyarakat dan kelas-kelas sosial. Pertimbangkanlah contoh Revolusi Rusia, yang biasanya digunakan untuk menunjukkan sifat manusia yang tidak dapat diubahkan. Sebenarnya, ia menunjukkan yang bertentangan dengan itu.
Selama beberapa abad, rakyat Rusia telah mengalami kesengsaraan dan penindasan di bawah pemerintahan Tsar. Ia merupakan tanahair dengan kejahilan dan kepercayaan dalam keajaiban yang paling mendalam, dengan sikap-sikap yang paling mundur berkenaan dengan kaum perempuan serta sikap anti-Semitisme yang berleluasa. Kepada pemerhatian luar, ia seolah-olah terdapatnya sesuatu dalam sifat rakyat Rusia yang membawa mereka untuk bertoleransi dengan perkara-perkara ini (bertentangan dengan rakyat Inggeris yang “menggemari kebebasan” misalnya).
Kemudian, pada tahun 1905, dan dengan lebih mendalam lagi selepas tahun 1917, rakyat Rusia yang sama ini bangkit dalam pemberontakan menentang Tsarisme. Mereka bermogok, berdemonstrasi, berusuh, berjuang dan bangkit dalam pemberontakan – mereka membina revolusi yang paling berjaya dalam sejarah manusia.
Revolusi ini telah mencuba menerbalikkan dunia: ia merampas kilang-kilang, memberikan tanah kepada kaum petani dan menarik Rusia keluar dari peperangan imperialis. Ia memberikan hak kepada minoriti-minoriti kebangsaan untuk menentukan masa depan sendiri, mendirikan kesama-rataan kaum perempuan dalam undang-undang, melantik seorang kaum Yahudi (Trotsky) sebagai presiden majlis pekerja terbesar dan sebagai ketua tentera-tentera revolusioner. Kepada pemerhati luar sekali lagi, ia seolah-olah bahawa ia adalah dalam sifat rakyat Rusia untuk membara dengan semangat revolusioner, sekali lagi bertentangan dengan kaum Inggeris yang “sederhana.”
Kemudian, pada tahun 1920-an dan 1930-an, revolusi tersebut ditumbangkan oleh birokrasi Stalinis yang menghancurkan para pekerja dan petani, serta menggusurkan berjuta-juta orang ke dalam kebuluran dan kematian di kem-kem pemburuhan Siberia. Sekali kali, pemerhati luar melihat segalanya sebagai pengesahan keinginan semulajadi rakyat Rusia bagi pemerintahan zalim.
Sebenarnya, ‘sifat’ rakyat Rusia – sikap-sikap kolektif mereka, psikologi dan corak-corak tingkah-laku mereka, yang sebenarnya berbeza di antara kelas-kelas sosial – telah berubah dengan mendadak, dalam keadaan-keadaan materialis yang berbeza.
Pemerintahan Tsar yang berpanjangan dengan psikologi penindasan yang seiring dengannya telah didasarkan pada kemunduran ekonomi Rusia. Penumbangan Tsar dan kebangkitan semangat revolusioner telah berakar dalam cara kapitalisme telah berkembang di Rusia, dengan kelas kapitalis yang lemah berhadapan dengan kelas pekerja yang kuat dan mampu menarik kaum petani di belakangnya.
Penumbangan revolusi itu ke dalam Stalinisme dan pengembalian sikap tidak peduli, putus asa dan kejinakan merupakan hasil kepulauan akibat kegagalan menyebar revolusi dan penghancuran kelas pekerja dalam perang saudara pada tahun 1918-1921.
Keadaan-keadaan yang berubah telah menghasilkan ‘sifat’ yang berubah.
Apa yang ditunjukkan dengan terperinci oleh 20 tahun sejarah Rusia ini adalah dibuktikan dengan lebih jelas lagi oleh sejarah dunia secara menyeluruh. Corak-corak tingkah-laku yang dianggap sebagai semulajadi dan abadi oleh masyarakat-masyarakat tertentu pada zaman-zaman khusus adalah ditolak sebagai tidak semulajadi oleh masyarakat-masyarakat lain pada zaman-zaman yang lain.
Kepada majoriti rakyat Englan pada abad ke-17, penghambaan kaum berkulit hitam seolah-olah seseuatu yang semulajadi. Ia didakwa sebagai berpunca dari sifat kaum berkulit hitam yang lebih lemah. Namun, menjelang pertengahan abad ke-19, penghambaan telah dilihat oleh rakyat England sebagai penafian hak asasi manusia. Di Amerika Syarikat, dua pandangan mengenai sifat dan hak kaum berkulit hitam telah wujud dan bersaing di samping satu sama lain, yang satu bermahajara di Utara dan yang satu lagi di Selatan.
Kepada kaum Peribumi Amerika, permilikan tanah secara swasta merupakan sesuatu yang ‘tidak semulajadi.’ Kepada pemilik tanah abad ke-18, ia merupakan hak manusia yang asas. Kepada kaum Greece Kuno, hubungan sama seks merupakan bentuk cinta yang tertinggi. Kepada kaum Inggeris zaman Victoria, ia merupakan yang paling mundur. Kepada kaum Hindu tradisional, perkahwinan yang diatur merupakan kebiasaan selama berabad-abad. Kepada kebanyakan orang di Barat, ia kelihatan sebagai sesuatu yang ‘tidak semulajadi.’ Ubahkan keadaan-keadaan sosial dan anda akan mengubah ‘sifat manusia.’
Contoh-contoh ini dapat digandakan berkali-kali. Kesemuanya membuktikan perubahan sikap-sikap, perihal moral dan tingkah-laku manusia. Ia menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh budaya dalam membentukkan kehidupan manusia – apa yang dipelajari secara sosial dan bukannya diwarisi secara genetik. Ia juga menunjukkan sejauh mana budaya berubah mengikut keadaan-keadaan materialis yang berubah.
Apakah sifat manusia?
Orang berubah dengan keadaan-keadaan yang berubah. Tetapi adalah ini bermakna bahawa tidak terdapatnya sesuatu yang dikenali sebagai sifat manusia? Pihak sosialis kadang-kala terjerumus untuk mendakwa ini sebagai cara ringkas untuk menangani perdebatan anti-sosialis.
Namun, terdapatnya masalah-masalah serius dengan menafikan kewujudan sifat manusia sama sekali.
Di tempat pertama, ia dapat menuju pandangan umat manusia sebagai sesuatu yang dapat dimanipulasi sepenuhnya. Ia mungkin mencadangkan bahawa sesuatu rejim totalitarian yang menguasai media massa dan pembesaran kanak-kanak dapat ‘menciptakan’ manusia yang diinginkan dan maka menghapuskan kemungkinan pemberontakan. Tetapi terdapatnya bukti bahawa ini adalah tidak tepat. Jerman di bawah Hitler dan Rusia di bawah Stalin – iaitu dua daripada rejim totalitarian paling zalim yang pernah wujud – merupakan dua negara di mana pemerintah-pemerintah tidak dapat menindas segala perjuangan atau pemikiran. Malah di kem-kem tahanan, terdapatnya orang yang berjuang.
Sentiasanya terdapat batasan kepada kuasa pengaruh dan batasan itu dicapai apabila, di kalangan faktor-faktor lain, penindasan kerajaan bertentangan dengan keperluan-keperluan asas rakyat.
Di tempat kedua, untuk mencadangkan bahawa tidak terdapatnya sesuatu yang dikenali sebagai sifat manusia adalah sama dengan mengatakan bahawa tidak terdapatnya ciri-ciri serupa yang semua manusia berkongsi dan yang membezakan manusia daripada binatang-binatang lain. Ini sudah pasti bukanlah betul. Jika ia betul, ia akan menjadi mustahil untuk berbincang mengenai spesis manusia atau sejarah manusia.
Maka, apakah yang dapat dikatakan mengenai sifat manusia?
Kita perlulah bermula dengan biologi. Ia adalah jelas bahawa manusia adalah spesis biologi tersendiri, dan memiliki kod genetik yang agak khusus. Kod genetik ini menentukan struktur fizikal asas manusia.
Sememangnya, sifat biologi ini juga tidaklah tetap atau abadi. Tetapi jangka masa evolusi sangatlah perlahan-lahan dan sangat berbeza daripada jangka masa perkembangan sejarah. Umat manusia pada hari ini tidaklah sangat berbeza dari segi biologi daripada umat manusia 10,000 atau 20,000 tahun yang lalu. Bagi tujuan persoalan yang kita menghadapi di sini, iaitu kemungkinan sosialisme, sifat fizikal manusia dapat dianggap sebagai sesuatu yang serupa.
Sifat fizikal ini membekalkan manusia dengan beberapa keperluan dan kebolehan asas yang menjadi dasar sifat manusia.
Keperluan-keperluan yang paling asas dan tidak dapat dinafikan adalah udara, makanan dan air, diikuti dengan pakaian, tempat perlindungan dan perlindungan dari kesejukan. Terdapatnya juga keperluan untuk tidur, untuk sesuatu bentuk jagaan anak – kerana manusia, bertentangan dengan spesis binatang, mengambil beberapa tahun untuk mencapai tahap di mana ia dapat menjaga diri sendiri – untuk hubungan seksual untuk melanjutkan spesis, dan sebagainya.
Kebolehan-kebolehan tersebut termasuklah lima pancaindera, otak yang besar, kebolehan berjalan kaki dengan tegak, tangan yang membolehkan operasi-operasi manual, nada suara yanng membolehkan pertuturan dan sebagainya. Ia mungkin dicabar bahawa bukan semua orang mempunyai kebolehan-kebolehan ini – ada orang yang dilahirkan dengan buta, pekak atau kurang bernasib baik dalam cara yang lain – tetapi ini merupakan pengecualian khusus.
Keperluan-keperluan dan kebolehan-kebolehan ini, dikongsi bersama oleh semua orang dalam setiap masyarakat pada setiap masa dalam 20,000 hingga 30,000 tahun yang lalu, merupakan batu-batu binaan asas sifat manusia. Namun, ia adalah cara khusus yang kebolehan-kebolehan ini digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas yang membezakan manusia daripada spesis-spesis lain. Umat manusia memenuhi keperluan-keperluannya melalui usaha bersama untuk menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kehidupan.
Sememangnya, binatang-binatang juga berusaha dari sesuatu segi: tupai mengumpul kacang, singa memburu, memerang membina empangan, burung mereka sarang, anai-anai membina tempat tinggal, malah beberapa spesis monyat diketahui menggunakan kayu sebagai peralatan dan sebagainya. Namun, usaha manusia telah berkembang secara beransur-ansur untuk menjadi sesuatu yang lebih maju daripada ini. Pengeluaran peralatan-peralatan sevata sistematik dan sedar – dikenali sebagai cara-cara pengeluaran – telah meningkatkan kuasa-kuasa produktif manusia.
Manakala usaha binatang kekal sesuatu yang mengikut naluri dan maka serupa dalam setiap generasi, usaha manusia telah adalah dipelajari dan berkembang – pada mulanya dengan perlahan-lahan dan kemudiannya pada kelajuan yang semakin pesat. Usaha binatang meninggalkan alam sekitar hampir tanpa perubahan atau mengubahkannya hanya sedikit, tetapi usaha manusia mengubahkan alam sekitar secara progresif.
Sifat sosial usaha manusia juga adalah sangat penting. Ia merupakan ahli falsafah Greece, iaitu Aristotle, yang menyifatkan manusia sebagai “binatang sosial” dan sememangnya umat manusia sentiasa telah hidup dalam kumpulan-kumpulan, bukannya sebagai individu-individu terpulau. Serupa dengan itu, usaha mereka sentiasa merupakan, dari masa-masa paling awal, sesuatu yang bersifat sosial dan koperatif. Misalnya, apabila manusia dari Zaman Batu memburu binatang besar, mereka melakukannya secara kolektif, sebagai kumpulan atau puak nomadik.
Sememangnya, ia merupakan usaha bersama ini yang membawa sifat asas umat manusia seterusnya, iaitu perkembangan bahasa. Setiap masyarakat manusia yang dikenali telah berkembang sehingga tahap di mana ia memiliki sesuatu bahasa yang agak rumit. Dalam gilirannya, bahasa adalah penting dalam perkembangan kesedaran sosial manusia. Budaya dapat dipelajari oleh generasi-generasi yang berlainan.
Pada tahap ini, kita dapat merumuskan ciri-ciri utama ‘sifat manusia.’ Umat manusia adalah spesis yang berbeza secara biologi dengan keperluan-keperluan asas yang dipenuhi melalui usaha sosial bersama, lalu membawa perkembangan bahasa, kesedaran sosial dan budaya.
Fakta paling penting mengenai penghuraian sifat manusia ini adalah bahawa, sambil ia mendirikan beberapa persamaan penting, ia juga mengandungi sesuatu unsur dinamik dan bentuk usaha sosial.
Sambil manusia mengubah alam sekitar, mereka juga mengubah diri mereka dan hubungan-hubungan mereka di antara satu sama lain. Sambil mereka menggunakan kebolehan mereka untuk memenuhi keperluan, maka kebolehan-kebolehan mereka berganda dan berkembang – “Dengan bermakan datangnya nafsu makan,” seperti yang dikatakan oleh Marx. Sambil beberapa keperluan asas dipenuhi, maka keperluan-keperluan itu berkembang dan keperluan-keperluan baru membangkit. Keperluan bagi makanan kemudiannya menjadi keperluan bagi makanan yang berkualiti. Keperluan untuk pakaian berkembang dari keperluan untuk kulit dan bulu binatang menjadi keperluan bagi duit untuk membeli pakaian di kedai-kedai.
Sambil bentuk pengeluaran berubah, pengaturan masyarakat juga berubah. Sambil kita bergerak dari memburu dan mengumpul kepada pertanian, dan dari pertanian kepada pengeluaran kraftangan dan industri, maka kita bergerak dari puak nomadik kecil kepada kampung tetap dan kepada bandar dan negara moden. Dalam proses ini, sifat dan sikap manusia berubah secara radikal. Seperti yang Marx dan Engels mengatakan dalam Manifesto Komunis:
… idea-idea, pandangan-pandangan dan konsep-konsep manusia, pendek kata, kesedaran manusia, berubah dengan setiap perubahan dalam keadaan-keadaan kewujudan materialisnya, dalam hubungan-hubungan sosialnya dalam kehiduapan sosialnya…
Jauh daripada kes bahawa sifat manusia tidak dapat berubah, kemampuan untuk perubahan dan perkembangan adalah bahagian asas daripada sifat manusia. Ia adalah salah satu benda utama yang membezakan manusia daripada binatang-binatang lain.
Satu kenyataan akhir: jika sifat manusia adalah seperti yang kita telah menghuraikan, adalah ini menjadikannya ‘baik’ atau ‘buruk’? Jawapannya adalah tidak satu pun daripada pilihan-pilihan ini. Maksud asas ‘baik’ adalah itu yang melayani sifat manusia dengan memenuhi keperluan-keperluan dan melanjutkan perkembangannya. Maksud asas ‘buruk’ adalah itu yang menentang sifat manusia dengan gagal memenuhi keperluan-keperluannya dan membantut perkembangannya.
Inilah mengapa apa yang orang menganggap sebagai baik dan buruk adalah berbeza dalam zaman-zaman bersejarah yang berlainan. Keadaan-keadaan berubah, keperluan-keperluan manusia berubah, dan begitu juga dengan sikap moral mereka. Yang sama juga adalah berkenaan kepada kelas-kelas sosial yang lain pada masa yang sama – keadaan-keadaan kehidupan adalah berbeza, kepentingan-kepentingan mereka adalah bertentangan dan maka ianya memperkembangkan sikap sosial yang berbeza.
Kapitalisme dan sifat manusia
Seperti segala yang lain, sistem ekonomi kapitalisme sentiasanya berubah. Kapitalisme pada hari ini sangatlah berbeza daripada kapitalisme pada masa Karl Marx dan Ratu Victorian.
Apabila Marx dan Engels menulis Manifesto Komunis pada tahun 1848, kapitalisme hanya telah didirikan dengan kukuh di beberapa bahagian Eropah barat dan Amerika Utara. Pada hari ini, ia menguasai seluruh dunia. Pada tahun 1848, unit-unit pengeluaran kapitalis utama merupakan kilang-kilang yang agak kecil dan dimiliki oleh individu-individu atau keluarga-keluarga. Pada hari ini, kapitalisme dikuasai oleh perusahaan-perusahaan multinasional gergasi seperti Exxon, Ford dan ICI.
Apabila Frederick Engels menulis Keadaan Kelas Pekerja Inggeris pada tahun 1844, pekerja di Manchester, termasuk kanak-kanak, bekerja selama 12 sehingga 14 sehari bagi gaji rendah dan menetap di rumah-rumah buruk yang hanyalah lubang di tanah. Pada hari ini, pekerja-pekerja Manchester telah memperbaiki keadaan mereka, tetapi keadaan-keadaan yang seburuk atau lebih buruk dapat dijumpai di Calcultta, Cairo dan Rio de Janeiro.
Tetapi meskipun perubahan-perubahan ini, beberapa ciri asas kekal yang menghuraikan sesuatu sistem ekonomi sebagai sistem kapitalis. Yang paling penting daripada ini adalah seperti berikut:
- Cara-cara pengeluaran utama (seperti kilang-kilang, tanah, jentera dan pengangkutan) dimiliki atau dikawali oleh minoriti kecil daripada penduduk – iaitu pihak kapitalis.
- Majoriti daripada penduduk dinafikan permilikan atau kawalan cara-cara pengeluaran dan maka terpaksa mencari kehidpan dengan menjual kemampuan mereka untuk bekerja, dikenali sebagai kuasa tenaga pekerja mereka, kepada pihak kapitalis. Lebih-lebih lagi, mereka terpaksa menjual kuasa tenaga pekerja mereka pada syarat-syarat yang membenarkan pihak kapitalis memerah sesuatu nilai lebih, atau keuntungan, daripadanya.
- Cara-cara pengeluaran diagihkan di kalangan pihak kapitalis (antara individu-individu, kumpulan-kumpulan atau negara-negara kapitalis) yang bersaing dengan satu sama lain. Ukuran persaingan adalah keuntungan. Persaingan berterusan bagi keuntungan memaksa pengawal setiap unit pengeluaran kapitalis untuk mengeksploitasi pekerja mereka sejauh yang mereka dapat.
Penyokong-penyokong kapitalisme sentiasa memperdebatkan bahawa ini adalah serupa dengan ‘sifat manusia.’
Pada suatu masa dahulu, terdapatnya unsur kebenaran dalam perdebatan ini. Pada masa apabila kapitalisme masih merupakan sistem yang membangun (lebih kurang di antara 200 dan 500 tahun yang lalu), ia menawarkan kemampuan untuk memenuhi keperluan-keperluan manusia dari segi makanan, pakaian, dan tempat pelrindungan berbanding dengan sistem feudalisme. Namun, kesemua yang lain adalah karut.
Pertama sekali, ia adalah lucu untuk mendakwa bahawa ia adalah ‘semulajadi’ atau mengikut naluri bagi orang untuk berkelakuan dalam gaya kepitalis apabila ia mengambil lebih dua juta tahun perkembangan manusia untuk tiba di kapitalisme. Perdagangan komoditi-komoditi secara umum mahupun pembelian dan penjualan tenaga pekerja (ciri utama kapitalisme) muncul mana-mana dalam dunia semulajadi atau dalam tahap-tahap awal sejarah manusia.
Sebaliknya, sejarah menunjukkan bahawam manusia hanya dipaksa menjual kuasa tenaga pekerja dan bekerja bagi orang lain apabila mereka dinafikan kemungkinan mencari pendapatan bagi diri mereka sendiri. Ini berlaku di Britain melalui pengelilingan tanah pada abad ke-15 sehingga abad ke-19.
Kebangkitan sebuah kelas dengan kekayaan untuk melabur dalam industri dan membeli kuasa tenaga pekerja pada skala besar-besaran memerlukan proses zalim yang Marx telah menamakan “akumulasi kapital kuno.” Ini melibatkan penghambaan berjuta-juta rakyat Afrika dan pengangkutan mereka ke Amerika, pembunuhan beramai-ramai sebahagian besar daripada penduduk peribumi Amerika Tengah dan Selatan, rompakan dan penghancuran India dan Timur Jauh, serta kezaliman-kezaliman yang lain.
Lebih-lebih lagi, untuk kapitalisme dan kelas kapitalis mendirikan kekuasaannya, ia terpaksa memperjuangkan beberapa perjuangan revolusioner dan perang saudara menentang bangsawan feudal lama. Ini melibatkan pemancungan kepala raja-raja di England dan Perancis. Maka, tidak terdapat apa-apa yang ‘semulajadi’ mengenai perkembangan kapitalisme.
Ia juga tidaklah benar bahawa kapitalisme memaksa kepentingan individu menjadi kuasa penjana dalam pengeluaran. Kuasa penjana pengeluaran kapitalis adalah keuntungan, tetapi keuntungan hanya dapat dibuat oleh minoriti kecil dalam masyarakat yang memiliki kapital. Bagi majoriti besar, kapitalisme adalah didasarkan pada penafian kepentingan sendiri. Itulah mengapa pihak kapitalis sentiasa memaksa para pekerja untuk jangan menjadi tamak. Itulah mengapa pihak majikan telah mencuba untuk meluluskan perundangan yang menhadkan kemampuan pekerja untuk mengejar kepentingan sendiri melalui kesatuan-kesatuan pekerja.
Jauh daripada perluahan sifat manusia, kapitalisme mengambil ciri sifat manusia yang paling penting dan khusus – kemampuan untuk berusaha – dan memesongkannya.
Dengan melayani tenaga pekerja sebagai komoditi untuk dibeli dan dieksploitasi, kapitalisme menjadikannya asing kepada para pekerja. Tanpa menjadi cara melalui mana umat manusia mengubah alam sekitar untuk menemui keperluan-keperluan individu dan kolektif, usaha hanya menjadi cara mencari duit untuk menjamin kehidupan sosial.
Para pekerja kehilangan kawalan ke atas usaha mereka sendiri dan ia menjadi sesuatu yang tidak dihargai, pembantingan tulang, melarat secara fizikal dan psikologi kepada para pekerja. Hasilnya adalah bahawa kebanyakan orang melalui 40 sehingga 50 tahun dalam pekerjaan yang mereka membencikan atay tidak dapat menerima serta yang meletihkan dan menyengsarakan mereka.
Malah, kapitalisme menafikan beribu-ribu orang peluang bekerja sama sekali, memaksa mereka mengikuti barisan kebajikan apabila keuntungan yang tidak mencukup tidak dapat diperah dari usaha mereka. Maka, sesuatu yang dapat dilihat pada inti sifat manusia, yang dapat digunakan oleh setiap pemburu-pengumpul ‘kuno’ – iaitu peluang untuk melibatkan diri dalam tenaga pekerja sosial yang berguna – dinafikan kepada berjuta-juta orang pada hari ini.
Alienasi tenaga pekerja tidak sahaja membawa kesan pada tempat bekerja, ia juga mempunyai kesan pada kesemua hubungan-hubungan sosial. Hubungan-hubungan di antara pekerja dan pekerja, di antara ibubapa dan anak, di antara lelaki dan wanota, hubungan-hubungan seksual dan cinta semuanya dipesong dan dibelitkan.
Orang melayani satu sama lain seperti benda dan komoditi untuk digunakan dan diperdayakan. Hubungan seksual sendiri menjadi komoditi dan digunakan dalam penjualan komoditi-komoditi yang lain, Seringkali, individu-individu yang paling melarat dan paling dialienasi mencari gantirugi bagi kelemahan dan penindasan mereka di tempat kerja atau dalam masyarakat dengan gejala-gejala sosial terhadap orang lain yang lebih lemah daripada mereka sendiri.
Ini bukanlah semulajadi atau hasil sifat manusia. Ia adalah hasil sistem yang merogol sifat manusia.
Akhirnya, kapitalisme tidak dapat memmuaskan keperluan-keperluan asas umat manusia – keperluan bagi air, makanan dan tempat perlindungan. Pengeluaran makanan melebihi pertumbuhan penduduk setiap tahun dan ‘tasik-tasik wain’ serta ‘gunung-gunung daging’ sedang menjadi lebih besar. Namun, berjuta-juta orang sedang mengalami kelaparan, dan berjuta-juta lagi meninggal duni akibat kebuluran. Berjuta-juta lagi merana dan meninggal dunia akibat wabak penyakit yang mudah dicegah. Di negara-negara kaya seperti Britain dan Amerika Syarikat, sumber-sumber sudah wujud untuk membina hotel-hotel mewah dan pejabat-pejabat. Namun, terdapat orang yang terpaksa tidur di kaki lima kerana tidak mempunyai tilam tidur.
Ini bukannya semulajadi mahupun dipaksa oleh alam sekitar. Kaum nomadik ‘kuno’ di Gurun Kalahari mampu mencari makanan yang lebih baik dengan pemburuan dan pengumpulan makanan daripada berjuta-juta orang yang meninggal dunia akibat kebuluran atau yang mengalami kehidupan sedekah pada pinggir bandar-bandar terbesar di dunia. Kaum Innuit di kawasan utara yang sejuk dapat membina tempat tinggal yang lebih selesa daripada batu ais daripada mereka yang menyelimuti diri mereka dengan kotak-kotak kosong pada jalan-jalan London.
Kesengsaraan-kesengsaraan ini berlaku kerana kapitalisme menjadikan jalan menuju keperluan-keperluan kehidupan bergantung pada kuasa pembelian sambil pada masa yang sama memastikan yang ramai orang tidak memiliki kuasa pembelian tersebut.
Malah, dalam deseakan bagi keuntungan, kapitalisme mencemari udara dan air serta mengancam untuk memusnahkan alam sekitar yang telah membolehkan kebangkitan kehidupan manusia.
Sosialisme dan sifat manusia
Jika dari pandangan sifat manusia, kapitalisme jelasnya tidak dapat diterima, bagaimana pula dengan sosialisme?
Jika kita menerima kewujudan sifat manusia asas, bukankah ia tidak mustahil bahawa dalam sifat manusia yang mendalam ini terdapatnya sesuatu ciri yang mungkin menghalang pencapaian masyarakat tanpa kelas di mana semua orang akan menjadi bebas dan sama rata? Bukankah terdapatnya sesuatu hasrat asas bagi kuasa dan keperluan menguasai yang memastikan masyarakat sentiasa dibahagikan menjadi pemerintah dan mereka yang diperintah? Mungkinkah kewujudan ketidak-samarataan fizikal di antara individu-individu menjadi halangan kepada kesamarataan sosial?
Kita dapat memberikan jawapan ringkas kepada persoalan-persoalan ini dan persoalan-persoalan lain yang serupa. Ia adalah bahawa selama beribu-ribu tahun, sememangnya mungkin beratus-ratus ribu tahun, umat manusia telah menetap dalam masyarakat-masyarakat tanpa harta swasta, pembahagian kelas, pemerintah-pemerintah atau negara.
Rekod kajipurba menunjukkan bahawa peralatan tangan yang pertama – batu-batu yang digunakan untuk menyalakan api – mula digunakan lebih kurang 2.5 juta tahun yang lalu. Sejak itu sehingga perkembangan pertanian lebih kurang 10,000 tahun yang lalu, manusia telah menetap dengan mengumpul makanan, kemudiannya dengan memburu, biasanya dalam kumpulan-kumpulan nomadik kecil.
Semasa zaman ini, tidak terdapatnya penanaman tanaman, pembuatan tembikar atau cara-cara pengangkutan. Ia adalah mustahil bagi masyarakat atau individu-individu dalam masyarakat itu untuk mengakumulasi barangan yang melebihi apa yang diperlukan bagi kehidupan seharian.
Tanpa lebihan seperti itu, tidak terdapatnya pembahagian masyarakat menjadi kelas-kelas – tidak terdapatnya lapisan orang di atas yang hidup dengan menggunakan tenaga pekerja mereka di bawah. Malah tidak terdapatnya juga negara dengan pemerintah-pemerintah sepenuh masa bersama dengan badan-badan bersenjata untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Semua orang terlibat dalam menghasilkan keperluan-keperluan kehidupan. Maka, selama 99 peratus daripada masa manusia telah berada di bumi, mereka telah menetap dalam masyarakat-masyarakat tanpa kelas.
Kewujudan masyarakat-masyarakat tanpa kelas bukan sahaja isu mengkaji rekod kajipurba atau fikiran waras. Kaum-kaum peribu telah kekal sehingga baru-baru ini dengan cara kehidupan yang sama untuk diperhatikan oleh ahli-ahli antropologi moden.
Contoh baik mengenai ini adalah kaum !Kung San di Gurun Kalahari, di Afrika Selatan, yang telah dikaji oleh beberapa ahli antropologi ternama, terutamanya oleh ahli antropologi Amerika Syarikat, Richard Lee.
Kaum !Kung San telah berada di Gurun Kalahari selama sekurang-kurangnya 10,000 tahun. Mereka hidup dalam puak-puak kecil dengan lebih kurang 30 orang, berpindah tempat tinggal setiap dua atau tiga minggu. Mereka hanya mengakumulasi sedikit barangan materialis, tidak melebihi apa yang mereka dapat mengangkat apabila berpindah, tetapi mereka memiliki budaya perbahasaan yang kaya. Pengetahuan terperinci mengenai alam sekitar mereka membolehkan mereka untuk mencapai tahap kehidupan seharian yang agak baik. Makanan yang diburu atai dikumpul dikongsi secara kolektif di kalangan seluruh puak. Lee menulis:
Perkongsian menyelimuti seluruh tingkah-laku dan nilai-nilai pemburu !Kung dalam keluarga dan di antara keluarga; sebagaimana prinsip keuntungan dan kemunasabahan adalah penting kepada etika kapitalis, maka perkongsian adalah penting kepada kehidupan sosial di kalangan masyarakat-masyarakat kuno.
Kaum !Kung sangatlah bersifat adil. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai pembahagian di antara kaya dan miskin, mereka tidak mempunyai ketua atau penghulu. Richard Lee pernah bertanya jika kaum !Kung mempunyai ketua. “Sudah pasti kami mempunyai ketua,” datangnya jawapan. “Sebenarnya, kami semua merupakan ketua; setiap satu adalah ketua ke atas diri sendiri.”
Menyimpulkan pelajaran-pelajaran dalam kajiannya mengenai kaum !Kung dan pengetahuannya mengenai kumpulan-kumpulan pemburu-pengumpul yang lain, Richard Lee menulis:
Fakta bahawa perkongsian sumber-sumber makanan secara komunal telah diperhatikan secara langsung dalam bebarapa tahun yang lalu di kalangan kaum !Kung dan berbagai-bagai lagi kaum nomadik adalah fakta yang tidak patut dilepaskan begitu sahaja. Keabadiannya di kalangan kaum nomadik memberikan sokongan kuat kepada teori Marx dan Engels bahawa sesuatu tahap komunisme kuno telah bermaharaja sebelum kebangkitan kerajaan dan penghancuran masyarakat menjadi kelas-kelas…
Kehidupan komunal seringkali dinafikan sebagai kesempurnaan utopia, untuk disarankan dalam teori tetapi tidak dapat dicapai dalam amalan. Tetapi bukti dari kaum-kaum nomadik adalah bertentangan dengan itu. Cara kehidupan berkongsi bukan sahaja tidak mustahil tetapi telah wujud di kebanyakan kawasan dunia dan buat jangka masa yang lama.
Bukti ini bukannya bertujuan untuk mencadangkan bahawa apa yang kita menjumpai di kalangan kaum pemburu-pengumpul adalah ‘keadaan semulajadi’ atau bahawa sifat manusia adalah bersifat sosialis ‘secara asas.’ Ini hanyalah untuk menerbalikkan perdebatan anti-sosialis sambil mengulangi kesilapan asas yang serupa.
Sebenarnya, cara kehidupan pemburu-pengumpul sendiri merupakan hasil evolusi budaya yang berpanjangan, dan kebanyakan ciri-ciri utamanya, termasuk perkongsian, perlu dipelajari secara sosial dan dikukuhkan dari segi budaya. Seperti yang diulas oleh Richard Lee, “Setiap bayi manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk berkongsi dan kemampuan untuk menjadi tamak.” Namun, bukti antropologi ini membuktikan bahawa sifat manusia dan sosialisme bukanlah bercanggah.
Sosialisme moden menjanjikan lebih daripada kesinambungan dengan sifat manusia. Sosialisme pada hari ini tidak bermakna pengembalian kepada keadaan-keadaan komunisme kuno, tetapi kemajuan besar berdasarkan pencapaian-pencapaian teknologi dalam beribu-ribu tahun masyarakat kelas.
Komunisme kuno telah didasarkan pada ketidak-hadiran apa-apa lebihan yang dikumpul; sosialisme moden adalah berdasarkan pada fakta bahawa kuasa-kuasa pengeluaran kini telah diperkembangkan sehingga tahap di mana terdapatnya lebihan yang mencukupi untuk menjamin kehidupan yang baik bagi semua orang tanpa kehidupan orang disengsarakan oleh pembantingan tulang.
Sosialisme pada hari ini bermakna mengambil kekayaan, kemampuan produktif, sains dan teknologi yang pada masa ini dikuasai oleh perusahaan-perusahaan multinasional, kapitalis maha-kaya dan negara-negara mereka, dan menaklukkannya kepada kawalan demokratik pada skala antarabangsa.
Ini akan memastikan makanan, pakaian dan perlindungan yang mencukupi bagi semua orang di bumi, membasmikan kebuluran dan kemiskinan. Dalam pada itu, ia akan menyatukan umat manusia, mengakhiri pengeksploitasian, percanggahan kebangsaan, peperangan, rasisme dan penindasan seksual dengan membasmikan keadaan-keadaan materialis yang melahirkannya.
Ia akan meletakkan manusia secara kolektif dalam kawalan ke atas tenaga pekerja mereka sendiri serta hasil-hasil usaha mereka. Maka, ia akan mengatasi alienasi asas dan pemesongan sifat manusia yang telah berlanjutan selama beribu-ribu tahuan dalam penghambaan dan kehidupan serf, dan mencapai kemuncak dengan tenaga pekerja bergaji kapitalis.
Ini akan mengubahkan dan membesarkan hubungan-hubungan peribadi dan sosial; ia akan menghasilkan alam sekitar yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan manusia dan memudahkan perkembangan manusia; ia dapat membolehkan perancangan waras bagi kesan-kesan aktiviti manusia pada alam semulajadi dan maka mengakhiri pemusnahakan alam sekitar.
Saru ciri asas spesis manusia adalah kreativiti kesenian. Benda terukir yang paling tua adalah 300,000 tahun lama. Setiap masyarakat manusia mempunyai muzik dan tarian.
Di bawah kapitalisme, sebagaimana dalam setiap masyarakat kelas, aktiviti kesenian adalah hak golongan kecil yang berkeistimewaan – kreativiti majoriti dihalang dan dihancurkan. Sosialisme akan membebaskan kreativiti ini dengan meluaskan riadah dan pendidikan bagi semua orang serta memulihkan unsur kesenian dalam pengeluaran. Ia akan menghasilkan pembungaan budaya.
Maka, sosialisme bukan sahaja akan memenuhi keperluan-keperluan materialis asas yang dikongsi oleh semua manusia, bahkan ia akan membawa perkembangan bulat, peningkatan dan pertumbuhan sifat manusia. Ia bukan sahaja tidak mustahil; ia adalah penting dan perlu diperjuangkan.