Maksud Marxsisme

Maksud Marxsisme

Oleh Duncan Hallas

Diterbitkan buat kali pertama sebagai siri dalam Socialist Worker, November 1970 sehingga Februari 1971. Diterbitkan sebagai risalah pada bulan Mac 1971 oleh Penerbit Pluto bagi pihak Sosialis Antarabangsa. Edisi baru diterbitkan pada bulan Jun 1975 oleh Sosialis Antarabangsa. Sosialis Antarabangsa juga telah menerbutkan Panduan Pelajaran bagi Maksud Marxsisme pada tahun 1972.

Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (Jun 2002).

Pengenalan

Bab-bab dalam risalan ini muncul buat kali pertama sebagai rencana mingguan dalam akhbar Socialist Worker. Ianya ditujukan sebagai pengenalan kepada beberapa idea-idea utama Marxsis. Sememangnya teori tersebut dicampurkan dengan sejarah. Ini adakah kerana Marxsisme tidak wujud di luar masa dan angkasa tetapi, seperti yang dikatakan oleh Engels, bukannya dogma tetapi panduan bagi tindakan.

Sejauh yang mungkin, saya telah membiarkan Marx berucap untuk dirinya tetapi saya tidak memenuhi karangan pendek ini dengan nota atau rujukan kepada petikan. Sebaliknya, saya telah menambah senarai risalah dan buku untuk bacaan selanjutnya. Bagi edisi tahun 1975, beberapa perangkaan, misalnya tahap gaji, telah diperbaharui.

Duncan Hallas

I. Mengapa kita perlukan teori

“Sejarah,” kata Henry Ford, “adalah karut.” Ramai orang bersetuju dengan dia. Lagipun, mengapakah ia penting kepada sesiapa pada hari ini jika Alfred membakar kek atau James Watt mendapat idea enjin stim dengan melihati air mendidih dalam cerek? Cerita-cerita ino mungkin sekali cerita dongeng, seperti pelbagai lagi benda yang diajar di sekolah-sekolah. Tetapi jika ia adalah benar atau tidak bukanlah penting kepada apa-apa masalah yang kita menghadapi pada hari ini.

Ketepikanlah sejarah cerita dongeng dan lihat beberapa sosial yang ahli-ahli sejarah serius telah mencuba menjawab. Misalnya, mengapakah dan bagaimanakah Britain menjadi negara perindustrian pertama? Atau apakah yang membolehkan Parti Komunis Rusia merampas kuasa?

Masalah-masalah menarik bagi pelajar tetapi adalah jawapan-jawapannya mempunyai kepentingan bagi kita? Apa yang telah berlaku tidak dapat diubah lagi. Karl Marx pernah memperdebatkan bahawa masa yang lalu sememangnya adalah penting kerana anda tidak dapat memahami apa yang wujud pada hari ini kecuali jika anda mempunyai pemahaman mengenai cara benda-benda telah menjadi sebegitu. Lebih penting lagi, jika para pekerja adalah sedar akan apa yang berlaku, dan itu bermakna mengetahui sesuatu mengenai apa yang telah berlaku, mereka dapat mengubah hasilnya.

Kelas majikan dan ahli-ahli politik serta akaliah-akaliah mereka mempunyai sesuatu gambar dunia, mengenai cara ia berubah, apa yang tidak mustahil bagi mereka, pendek kata mengenai sejarah. Mereka mengambil keputusan-keputusan mereka, sekurang-kurangnya dalam cahaya pengetahuan itu. Kita memerlukan gambar kita sendiri, ilmu kita sendiri, teori kita sendiri. Marxsisme adalah, di samping yang lain, teori sejarah bagi para pekerja. Tetapi mengapakah teori sejarah? Bukankah fakta-faktanya dapat berucap bagi dirinya sendiri?

Sebenarnya, fakta-fakta tersebut tidak dapat berucap bagi dirinya sendiri. Seperti yang dikatakan oleh seorang ahli sejarah terkenal, “Fakta-fakta hanya berucap apabila ahli sejarah memanggilnya. Ia adalah dia yang menentukan fakta mana yang akan diberikan peluang berucap dan dalam urutuan mana… Ahli sejarah semestinya memilih. Kepercayaan dalam inti fakta-fakta bersejarah yang wujud secara objektif dan bebas daripada penghuraian ahli sejarah adalah penipuan besar…” Terdapatnya berjuta-juta fakta seperti itu. Fakta mana yang adalah penting bergantung kepada jenis teori yang anda mempunyai, dan ini bergantung pada apa yang anda tertarik dengan, pada apa yang anda mencuba melakukan.

Marx tertarik, pertama sekali, dengan perubahan sosial. “Konsep sejarah materialis” Marx, pada asasnya, adalah panduan kepada masa mutakhir dalam cahaya m,asa yang lalu. Idea-dea asasnya adalah ringkas walaupun pengalaman dan perkembangannya seringkali adalah rumit. “Sejarah kesemua masyarakat yang sedia ada,” dia menulis, “adalah sejarah perjuangan kelas. Orang bebas dan hamba, bangsawan dan golongan bawahan, tuan dan serf, ahli tukang dan pembantu tukang, pendek kata, penindas dan yang tertindas, sentiasa berdiri dalam tentangan di antara satu sama lain, mengusahakan pertempuran yang berterusan, kadang-kala disembunyikan, kadang-kala diperjuangkan secara terbuka, sesuatu pertempuran yang berakhir setiap kali antara dalam penyusunan semula masyarakat secara berevolusi, atau dalam kehancuran bersama-sama kelas-kelas yang saling berjuang…

“Masyarakat borjuasi moden yang telah bertunas dari kebinasaan masyarakat feudal belum membasmikan penentangan-penentangan kelas. Ia hanya telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan-keadaan penindasan baru, bentuk-bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama.” Kelas-kelas dan bukannya ‘manusia hebat’ adalah perihal yang penting. Sememangnya kelas-kelas terdiri daripada individu-individu dan beberapa individu adalah lebih penting daripada yang lain. Tetapi “Raja John yang zalim” atau “George Washington yang baik hati” adalah, dari pandangan Marxist, lebih penting kerana kelas-kelas yang mereka mewakili daripada karenah peribadi.

Itu mengutarakan satu lagi isu. Jika perjuangan di antara kelas-kelas adalah penjana sebenar sejarah, maka ‘baik hati’ dan ‘zalim’ adalah ungkapan-ungkapan relatif. Apa yang adalah baik bagi satu kelas mungkin adalah buruk bagi kelas yang lain. Revolusi Perancis Besar pada hujung abad ke-18 merupakan benda yang baik bagi kelas-kelas menengah, yang merupakan orang yang paling menikmati kebaikan-kebaikannya. Ia merupakan benda yang sangat buruk bagi golongan bangsawan yang kehilangan keistimewaan, tanah, dan dalam beberapa kes, kepala mereka.

Sebenarnya, sejarah yang tidak berat sebelah tidak dapat wujud. Semua orang adalah sebahagian daripada sesuatu masyarakat dan sesuatu kelas dalam masyarakat itu. Ahli sejarah yang mendakwa dirinya tidak berat sebelah adalah penipu. Antara dia sedang menipu dirinya sendiri atau pembaca-pembacanya. Adakah ini bermakna bahawa mana-mana pandangan dunia adalah sebaik mana-mana pandangan yang lain? Yang penting adalah supaya idea-idea mengenai masyarakat sentiasa dihubungkan, kadang-kala secara langsung tetapi lebih biasanya dengan tidak langsung, dengan sesuatu kepentingan kelas.

Tetapi mengapakah kita patut percaya bahawa kepentingan-kepentingan kita, misalnya, adalah lebih baik secara etika daripada kepentingan-kepentingan kelas kapitalis? Sebahagian daripada jawapannya, dalam kata-kata Marx, adalah bahawa “Gerakan proletariat adalah gerakan yang berkesedaran diri dan bebas untuk majoriti, untuk kepentingan majoriti yang lebih luas.”

Terdapatnya sebab yang lebih asas lagi. Jenis masyarakat yang wujud di sesuatu tepat pada sesuatu masa bergantung mata kehidupan manusia.

Kapak batu dan lembing kayu adalh sesuai dengan masyarakat kuno berdasarkan pemburuan dan tanpa pembahagian kelas. Setiap kemajuan teknikal selepas itu – pembajak kayu, jentera yang digerakkan oleh air, enjin stim – mempunyai kesan-kesan sosial. “Andaikanlah tahap-tahap perkembangan tertentu dalam pengeluaran, perdagangan dan penggunaan,” menulis Marx, “dan anda akan mempunyai pengaturan keluarga, susunan atau kelas yang sejajar, pendek kata, masyarakat awam yang sejajar… keadaan-keadaan politik tertentu.”

Setiap bentuk masyarakat sebelum kapitalisme mempunyai persamaan ini. Pada tahap teknikal, atau untuk mengatakannya dalam cara yang lain, produktiviti tenaga pekerja, terlalu rendah untuk membenarkan kehidupan yang baik bagi semua orang. Kewujudan kelas-kelas yang ditindas dan dieksploitasi tidak dapat dielakkan. Kapitalisme telaj mengubah itu. Perkembangan cara-cara pengeluaran di bawah kapitalisme sangatlah pesat sehingga membolehkan, buat kali pertama dalam sejarah manusiia, sesuatu masyarakat yang bebas daripada perjuangan nekad demi kewujudan semata-mata. Ia telah membolehkan ini tetapi pada masa yang sama, ia telah membina tambak untuk menghalang ini daripada berlaku.

Dalam berjuang untuk menumbangkan kapitalisme, kita sedar bahawa kita bukan sahaja berjuang bagi kepentingan kita sendiri atau malah hanya untuk kepentingan majoriti besar. Kita sedang berjuang bagi satu-satunya cara ke hadapan bagi seluruh umat manusia.

II. Pertempuran untuk pasaran

Kapitalisme adalah sistem sosial paling revolusioner yang pernah wujud. Perubahan, berterusan dan lebih laju lagi, dibina ke dalam strukturnya. “Kaum borjuasi tidak dapat hidup,” menulis Marx, “tanpa sentiasa merevolusikan peralatan pengeluaran, dan dengan itu, hubungan-hubungan pengeluaran, dan dengannya seluruh hubungan masyarakat.”

Dua ribu tahun yang lalu, golongan petani Inggeris – dan majoriti pekerja pada masa itu merupakan petani – hidup dan bekerja dalam cara yang hampir serupa dengan moyang Saxon mereka.

Sememangnya terdapat pelbagai perbezaan juga. Jika Wat Tyler dan pemimpim-pemimpin lain dari pemberontakan petani pada tahun 1381 dihidupkan semula pada tahun 1750, mereka sudah pasti dapat melihat pelbagai benda yang menakjubkkan mereka. Namun, mereka juga akan memahami dengan senang cara kehidupan kebanyakan orang.

Golongan petani masih berusaha pada ladang-ladang terbuka dengan peralatan yang sama dan cara-cara yang sama seperti yang telah digunakan sejak awal-awalnya lagi. Mereka menjadi lapar dan sejuk setiap musim sejuk dan meraikan kedatangan musim bunga dengan semangat yang tidak dapat dibayangkan oleh kita pada hari ini.

‘Rumah-rumah besar,’ iaitu tempat tinggal golongan bangsawan dan paderi gereja, dengan hamba-hamba mereka, masih menguasai tanah seperti yang telah berlaku selama beribu-ribu tahun.

Pada tahun 1750, Britain berdiri pada ambang perubahan yang paling besar dalam kehidupan umat manusia sejak penciptaan pertanian. Kapitalisme perindustrian, selepas beberapa abad kemajuan beransur-ansur, bersedia untuk membuat lompatan besar ke hadapan. Dan perubahan itu bukannya perihal sekali sahaja. Apabila proses tersebut telah bermula, ia bakal mengubahkan dunia dan terus mengubahkannya. Pertama sekali, kapitalisme menciptakan pasaran dunia. Perdagangan jarak jauh dapat dijumpai semasa zaman batu, tetapi kesan-kesannya pada kebanyakan masyarakat sangatlah kecil.

Dengan pengeluaran kapitalis, ia menjadi sangat penting. Kemajuan pertama menuju perindustrian di Britain tidak dapat berlaku tanpa apa seorang ahli sejarah konservatif pernah memanggil “penggunaan bahan-bahan dan tenaga pekerja luar Eropah.” Peperangan, rompakan dan penghambaan memainkan peranan penting dalam proses ‘akumulasi kuno’ – iaitu pengumpulan bahan-bahan untuk dijadikan kapital – tetapi perdagangan, iaitu perdagangan tidak sama rata dan separuh monopolistik, merupakan ciri utama.

Ahli sejarah ekonomi, E. J. Hobsbawm, telah merumuskan perkembangan ini. “Di sebalik Revolusi Perindustrian kami terletaknya penumpuan ini pada pasaran-pasaran kolonial dan ‘mundur’ di luar negara, pertempuran berjaya untuk menafikannya kepada orang lain. Kami mengalahkan mereka di Timur: pada tahun 1766, kami sudah melebihi pihak Belanda dalam perdagangan Negara Cina. Kami mengalah mereka di Barat: menjelang awal tahun 1780-an, lebih separuh daripada hamba yang dieksport dari Afrika membawa keuntungan bagi pemilik hamba Britain. Dan kami melakukannya demi kebaikan barangan Britain… Ekonomi perindustrian kami bertumbuh dari perdagangan, dan terutamanya perdagangan kami dengan dunia mundur.”

Dasar politik bagi siri peperangan yang membolehkan kelahiran kapitalisme Britain telah diletakkan lebih awal. Revolusi Inggeris pada abad ke-17 telah mewujudkan sistem politik dan sebuah kelas pemerintah yang dapat, pada masa yang sama, menindas rakyat Britain dengan zalim dan bertempur dengan kelas-kelas pemerintah yang lain bagi kekuasaan dunia. Tetapi kesan-kesan fasa pertama imperialisme Britain agak berbeza dengan imperialisme penyerang-penyerang sebelum itu.

Genghis Khan dan penyerang-penyerang seperti dia telah menciptakan empayar-empayar besar tetapi hanya sedikit perubahan sosial. Perluasan Britain pada abad ke-18 dan ke-19 sangatlah berbeza. Ia merupakan pendukung perubahan sosial revolusioner.

Di beberapa negara, hasil perjuangan-perjuangan kelas lebih awal telah membolehkan kelas-kelas kapitalis untuk mencapai kuasa dan mencontohi serta memperbaiki acuan Britain. Perancis, Belgium, Jerman, selepas perubahan-perubahan politik yang lebih kurang bersifat keganasan, menjadi negara-negara kapitalis maju. Begitu juga, selepas perang saudara, dengan Amerika Syarikat dan kemudiannya, Jepun.

Negara-negara lain, di mana perjuangan-perjuangan dahuli telah meninggalkan kelas-kelas kapitalis dalam keadaan terlalu lemah untuk merampas kuasa, menjadi kawasan-kawasan jajahan atau separuh jajahan. Tetapi mereka juga diubahkan berbanding dengan masa sebelum itu. Sistem-sistem sosial mereka bukannya tidak bergerak. Ianya dipaksa ke belakang. Ekonomi-ekonomi mereka menjadi semakin melarat, semakin ‘mundur’ berbanding dengan masa pra-kapitalis.

Sambil ‘dunia Barat’ semakin memajukan industri, industri ‘dunia mundur’ semakin ditinggalkan. Pada tahun 1810, hampir 40 peratus daripada penduduk India menetap di bandar-bandar di mana pengeluaran kain dan barangan logam dengan usaha tangan masih digunakan. Menjelang tahun 1900, hanya 10 peratus menetap di bandar-bandar dan ini meskipun pertumbuhan pesat beberapa bandar besar.

Setelah diasaskan, pasaran dunia telah menguasai, dan masih menguasai pada hari ini, kehidupan ekonomi di merata-rata. Penyelesaian ‘kebangsaan’ semata-mata kepada masalah-masalah ekonomi dan sosial telah menjadi usang. Dasar internasionalisme adalah fakta bahawa keputusan-keputusan yang diambil di Frankfurt, New York atau Osaka membawa kesan kepada apa yang berlaku di Birmingham dan sebaliknya.

Kesan revolusioner kedua dari kapitalisme merupakan peningkatan pesat dalam produktiviti tenaga pekerja. Lebih seabad yang lalu, Marx telah menulis, “Borjuasi, dalam pemerintahannya yang belum mencapai seratus tahun, telah mewujudkan lebih banyak kuasa-kuasa pengeluaran gergasi dari kesemua generasi-generasi sebelumnya.”

Sejak masa itu, pertumbuhan dalam produktiviti tenaga pekerja dan cara-cara mengeluaran yang telah dihasilkan oleh persaingan kapitalis telah menjadikan kuasa-kuasa produktif pada masa Marx kelihatan kecil. Sememangnya, pengeluaran yang meningkat di bawah kapitalisme tidak akan menyelesaikan masalah-masalah kita. Sebenarnya, ia dapat, dalam beberapa keadaan, menjadikannya lebih rumit.

Faktanya kekal bahawa dasar materialis bagi masyarakat dunia yang berdasarkan kerjasama bebas telah diciptakan oleh kapitalisme. Jika peralatan produktif yang sedia ada, tanpa mengambil kira apa-apa peningkatan lagi, diatur dengan waras untuk menghasilkan bagi keperluan dan bukannya keuntungan, ia tidaklah mustahil untuk membasmikan kemiskinan di seluruh dunia.

Kesan revolusioner ketiga dari kapitalisme merupakan penciptaan dasar manusia bagi sosialisme, iaitu kelas pekerja moden. Tema utama pemikiran Marx adalah bahawa kelas ini adalah unik dalam sejarah kerana apa yang ia merupakan dan apa yang ia dapat menjadi.

III. Peranan pekerja yang penting

“Perkembangan kuasa-kuasa produktif adalah dasar praktis mutlak bagi komunisme kerana tanpanya, kemahuan akan menjadi umum, dan itu bermakna bahawa segala keburukan lama akan bangkit semula.” Dengan “keburukan lama,” Marx memaksudkan kelas-kelas, ketidak-samarataan, perjuangan kelas dan peperangan.

Pada skala dunia, masalah ini telah diselesaikan. Dasar materialis bagi sosialisme wujud, tetapi oleh keranan perkembangan kapitalis, ia tidak diagihkan dengan sama rata. Misalnya, di Amerika Syarikat, pengeluaran setiap jam, dipuratakan dari setiap sektor ekonomi, meningkat dari 37 unit pada tahun 1870 sehingga 100 unit pada tahun 1913 (diambil sebagai tahap asas), sehingga 208 unit pada tahun 1938 dan hampir 400 unit pada tahun 1963.

Dalam tangan sebelah, di kebanyakan negara ‘mundur,’ produktiviti keseluruhan masih lagi sangat rendah. Ia telah dikekalkan pada tahap rendah oleh kuasa persaingan negara-negara kapitalis maju dan melalui pemindahan bahan-bahan dari dunia ‘mundur’ ke dunia ‘maju’ oleh imperialisme.

Seorang ahli ekonomi Negara Cina menerbitkan buku pada tahun 1950 dengan perangkaan berikut. “Di Amerika Syarikat, terdapatnya pada purata lebih kurang 600 lebih kapital perindustrian bagi setiap kepala (penduduk) daripada di Negara Cina, atau lebih 900 kali ganda jika kapital pengeluaran sendiri dipertimbangkan.” Malah jika membuat pentafsiran bagi perkembangan perindustrian sejak tahun 1950, ia adalah jelas bahawa dasar bagi masyarakat tanpa kelas di sebuah Negara Cina yang terpulau tidak wujud.

Perdebatan yang sama dapat diamalkan kepada seluruh ‘Dunia Ketiga,’ iaitu dua pertiga daripada umat manusia. Apa yang wujud adalah kemungkinan sosialisme antarabangsa dan ini memerlukan pertumbuhan gerakan revolusioner antarabangsa.

Gerakan seperti itu mesti didasarkan pada kelas-kelas pekerja perindustrian. Ini bukannya persoalan dogma. Ia adalah asas kepada kajian Marxsis mengenai masyarakar dan mengikuti dari keadaan kehidupan sebenar para pekerja moden berbanding dengan segala kelas dahuku yang dieksploitasi.

Sambil ia adalah benar bahawa tahap rendah produktiviti tenaga pekerja merupakan punca utama bagi ketidak-samarataan dan pengeksploitasian dalam masyarakat pra-kapitalis, terdapatnya juga sebab lain. Dalam masyarakat-masyarakat pra-perindustrian, para pekerja – biarpun hamba, serf atau petani ‘bebas’ – biasanya bekerja dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terpulau dari kumpulan-kumpulan lain dari tersebar di seluruh kawasan desa. Ini menjadikannya sangat susah bagi mereka untuk berfikir dari segi kolektif dan lebih susah lagi bagi mereka untuk bertindak sebagai kelas.

Seperti Marx, yang menulis mengenai golongan petani Perancis, telah menotakan: “Sejauh mana berjuta-juta keluarga hidup di bawah keadaan-keadaan kewujudan ekonomi yang memisahkan cara kehidupan mereka dari cara kehidupan kelas-kelas lain, dan meletakkan mereka dalam percanggahan bermusuh dengan yang terakhir itu, mereka merupakan sebuah kelas. Sejauh mana hanya terdapatnya hubungan tempatan di kalangan petani-petani kecil ini, dan identiti kepentingan-kepentingan mereka, tidak membawa perpaduan, tidak membawa kesatuan kebangsaan, dan tidak membawa pertubuhan politik, mereka bukannya merupakan sebuah kelas. Oleh kerana itu, mereka tidak mampu menekan kepentingan-kepentingan kelas mereka… Mereka tidak dapat mewakili diri mereka, mereka mesti diwakili.”

Golongan hamba, serf dan petani dapat dan seringkali memberontak, membakar rumah-rumah besar dan membunuh tuan, paderi dan peguam. Apa yang mereka tidak dapat melakukan, kecuali bagi jangka masa pendek dalam keadaan-keadaan luarbiasa, adalah untuk menekan pemerintahan mereka, sebagai kelas, pada masyarakat. Antara pemerintah-pemerintah lama merampas kembali kuasa atau kumpulan lain mengambil tempat mereka. Kerana golongan petani itu akhirnya mesti kembali ke tanah mereka atau menjadi lapar. Pemerintah-pemerintah profesional bangkit untuk ‘mewakili’ mereka.

Ia adalah pemusatan kelas pekerja moden dalam unit-unit besar di kawasan bandar dan pertumbuhan cara-cara perhubungan yang memungkinkan kesatuan-kesatuan pekerja dan pertubuhan-pertubuhan politik. Ianya membolehkan kelas pekerja, iaitu majoriti besar, untuk menekan hasrat kolektif pada masyarakat. Tidak terdapatnya pengganti yang lain. Sosialisme bermakna masyarakat yang berdasarkan kerjasama sukarela di antara mereka yang bekerja. Ia tidak dapat didirikan dalam ketidak-hadiran kelas pekerja mahupun ditekankan dari atas.

Marx mengamil Komun Paris pada tahun 1871 sebagai contoh pemerintahan kelas pekerja. Penghuraian belaiu mengenai fungsinya masih merupakan, secara asas, garis panduan sebuah “kerajaan pekerja,” walaupun kebangkitan industri berskala besar telah menjadikan majlis-majlis pekerja berdasarkan unit-unit produktif lebih penting daripada pengaturan kawasan. “Komun tersebut terdiri daripada wakil-wakil perbandaran yang dilantik oleh undian terbuka… bertanggungjawab dan dapat dipanggil balik pada bila-bila masa. Majoriti ahli-ahlinya merupakan para pekerja… Komun tersebut akan menjadi badan eksekutif dan perundangan pada masa yang sama, bukannya badan parlimen… pihak polis dilucutkan unsur-unsur politik dan dijadikan ejen Komun yang bertanggungjawab dan dapat dipanggil balik pada bila-bila masa.

“Begitu juga dengan pegawai-pegawai dari kesemua cabang pentadbiran yang lain. Dari ahli-ahli Komun ke bawah, perkhidmatan awam mesti dilakukan pada gaji pekerja. Kepentingan-kepentingan asas dan pembiayaan bagi pegawai-pegawai tinggi dihapuskan bersama dengan pegawai-pegawai tinggi sendiri… Seperti pekerja-pekerja awam yang lain, pihak majistret dan hakim akan dilantik, bertanggungjawab dan dapat dipanggil balik… Utusan pertama Komun merupakan pembasmian tentera dan penggantiannya oleh rakyat yang bersenjata.”

Rejim revolusioner dan demokratik seperti itu, berdasarkan dengan kukuh pada kelas pekerja, adalah alat asas bagi peralihan menuju sosialisme. Untuk mendirikannya, sememangnya, jentera kerajaan kapitalis mesti dihapuskan kerana kuasa pekerja tidak seiras dengan mana-mana hierarki birokratik dan penindasan.

IV. Siapakah yang menghasilkan kekayaan?

George Bernard Shaw pernah mengatakan, “Saya tidak memerlukan teori nilai untuk memberitahu saya bahawa golongan miskin sedang dieksploitasi.” Dia berpendapat bahawa teori ekonomi Marxsis merupakan sesuatu yang tidak penting. Ia adalah pandangan biasa dan seringkali berkaitan dengan idea bahawa ekonomi Marxsis sangatlah rumit, membosankan dan susah untuk difahami. Sebenarnya, idea-idea utama adalah senang untuk difahami apabila anda memahami apakah tujuannya. Setiap teori mempunyai tujuan.

Tujuan Marx mengkaji kapitalisme adalah, pertama sekali, untuk menunjukkan bagaimana para pekerja dieksploitasi dan kedua untuk menjumpai apa yang dia memanggil “hukum gerakan ekonomi” sistem tersebut.

Fakta pertama ini menjadi jelas apabila anda mempertimbangkan sistem-sistem pengeksploitasian yang lain. Hamba serf dari zaman pertengahan bekerja separuh masanya pada bidang tanahnya sendiri dan juga bekerja selama dua, tiga atau empat hari dalam seminggu pada tanah tuannya. Dia tidak dibayar untuk usaha ini, jadi ia adalah jelas bahawa sebahagian daripada hasil-hasil tenaga pekerjanya dirampas olehtuannya. Dia dieksploitasi.

Kini pekerja moden dibayar bagi kesemua jam bekernya. Dia mungkin dibayar gaji rendah mengikut kadar hari ini tetapi dia tidak perlu, pada mukanya, bekerja selama beberapa hari setiap minggu tanpa gaji. Bagaimanakah dia dapat dieksploitasi dari segi saintifik, iaitu bekerja tanpa gaji bagi kebaikan kelas pengeksploitasi?

Teori nilai tenaga pekerja Marx menjelaskan bagaimana. Pertama sekali, kapitalisme adalah sistem pengeluaran komoditi. Ini bermakna bahawa barangan dihasilkan bagi jualan. Maka, apakah yang menentukan harga-harga relatif bagi, misalnya, television dan kereta? Jelasnya, ia mempunyai kaitan dengan fakta bahawa ia adalah lebih mahal untuk mengeluarkan kereta daripada television. Mengapakah ia lebih mahal? Jawapan Marx adalah bahawa, “nilai sesuatu komoditi ditentukan oleh kuantiti masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial bagi pengeluarannya.” Dalam erti kata lain, kereta adalah lebih mahal kerana lebih banyak usaha telah digunakan untuk menghasilkannya.

Idea ini tidak bermula dengan Marx. Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang ahli ekonomi moden, “teori tenaga pekerja adalah salah satu kebenaran yang paling berkuasa dalam ekonomi klasik… dan ia sudah pasti masih akan bersifat mutakhir – sememangnya dengan perubahan – di kalangan ahli ekonomi ortodoks jika pendahulu-pendahulu Marx tidak menggunakannya dengan begitu mantap sebagai batu dasar ideologi kelas pekerja.”

Marx sendiri telah memperkenalkan beberapa pembaikan. Misalnya, masa bekerja “yang diperlukan secara sosial” bermakna masa bekerja yang diluangkan menggunakan cara-cara pengeluaran mutakhir. Ia akan menggunakan lebih banyak jam bekerja untuk mengeluarkan kereta dengan cara-cara yang digunakan pada tahun 1900 berbanding dengan cara-cara hari ini. Tetapi kereta seperti itu, jika dihasilkan hari ini, tidak akan berharga begitu mahal. Ia perlu dijual pada harga-harga mutakhir.

Sememangnya, pengeluar-pengeluar yang berlain pada sesuatu masa tertentu menggunakan peralatan yang lebih kurang maju berbanding dengan purata. Ia adalah purata keseluruhan yang diambil sebagai kadar purata. Ia juga adalah kesnya bahawa harga bahan-bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kereta adalah lebih mahal daripada bahan-bahan untuk television. Tetapi bahan-bahan ini juga adalah komoditi-komoditi dan nilainya ditentukan dalam cara yang sama.

Nilai hasil terakhir meliputi nilai segala bahan-bahan yang telah digunakan dalam pengeluarannya. Ia ditentukan oleh jumlah jam bekerja manusia yang diperlukan, pada purata, bagi seluruh proses mengeluarkan hasil terakhir dan segala bahan yang digunakan, termasuk pengangkutan yang diperlukan.

Apakah kaitan ini dengan pengeksploitasian? Inti perihal tersebut adalah ini: pihak kapitalis memerah keuntungan dengan menjual komoditi-komoditi pada harga yang, pada anggaran pertama, dianggap sebagai berdekatan dengan nilai-nilainya.

Para pekerja, secara umumnya, tidak mempunyai komoditi-komoditi materialis untuk dijual. Tetapi mereka mempunyai sesuatu yang dapat dijual: kemampuan mereka untuk bekerja, atau kuasa tenaga pekerja mereka. Gaji adalah harga kuasa tenaga pekerja dan oleh kerana kuasa tenaga pekerja juga adalah komoditi, dibeli dan dijual seperti mana-mana komoditi yang lain, ia mempunyai nilai. “Nilai kuasa tenaga pekerja ditentukan oleh nilai bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan, memperkembangkan, mengekalkan dan melanjutkan para pekerja… Gaji yang ditentukan sebegitu adalah gaji minimum.”

Marx sangat sedar bahawa gaji tidak semestinya dikekalkan pada tahap paling rendah. “Di samping unsur fizikal semata-mata (iaitu, apa yang diperlukan untuk menjamin kehidupan pekerja dan keluarganya serta untuk menghasilkan anak), nilai kuasa tenaga pekerja adalah, di setiap negara, ditentukan oleh taha kehidupan tradisional. Ia bukannya kehidupan fizikal semata-mata, tetapi kepuasan kehendak-kehendak tertentu yang berpunca dari keadaan-keadaan sosial di mana orang diletakkan dan dibesarkan.” Pendek kata, tahap sebenar gaji benar bergantung, sebahagiannya, pada hasil perjuangan kelas. Terdapatnya lantai di bawah gaji tidak dapat jatuh buat masa yang lama – kehidupan asas – tetapi di atas lantai ini, ia dapat ditolak ke atas dengan berterusan.

Namun, Marx percaya bahawa terdapatnya mekanisme-mekanisme dalam sistem untuk mengawal dan menerbalikkan peningkatan dalam gaji benar. Ini akan dikaji kemudiannya. Sementara itu, ia adalah penting untuk menotakan bahawa gaji benar di Britain telah meningkat dengan banyak dalam abad yang lalu, tetapi gaji relatif – bahagian gaji daripada jumlah pendapatan kebangsaan – telah kekal pada tahap yang sama, iaitu lebih kurang 42 peratus, sejak tahun 1870.

Perbezaan di antara nilai komoditi-komoditi yang dihasilkan dan nilai kuasa tenaga pekerja yang digunakan dalam penghasilannya – dan dengan produktiviti tinggi tenaga pekerja, ia adalah perbezaan yang sangat besar – dinamakan nilai lebih.

Nilai lebih dimiliki oleh pemilik-pemilik cara-cara pengeluaran. Ia adalah punca pendapatan mereka.

Untuk menyimpulkan: selagi komoditi-komoditi, termasuk kuasa tenaga pekerja, dijual pada harga yang berdekatan dengan nilainya, pemilik-pemilik cara-cara pengeluaran akan mendapat, selepas mengira pembayaran bahan-bahan mentah, barangan separuh habis, pengurangan nilai dan gaji, sesuatu pendapatan (iaitu nilai lebih) yang sebenarnya mewakili tenaga pekerja yang tidak dibayar gaji.

Ini adalah punca pengeksploitasian di bawah kapitalisme dan ia adalah para pekerja yang dibayar gaji yang paling tinggi yang dieksploitasi dengan paling banuak kerana mereka adalah pekerja yang paling produktif. Setelah mendirikan tema ini, Marx seterusnya telah mempertimbangkan kesan-kesan perubahan dalam produktiviti tenaga pekerja dan dalam pengagihan barangan pada fungsi sistem kapitalis.

V. Kuasa penjana sistem kapitalis

“Masyarakat borjuasi moden dengan hubungan-hubungan pengeluaran, penukaran dan harta bendanya, sebuah masyarakat yang telah mencipta cara-cara pengeluaran dan penukaran yang begitu besar sekali, adalah ibarat tukang sihir yang tidak lagi dapat menguasai kuasa-kuasa alam ghaib yang telah dipanggil olehnya dengan jampi… Cukuplah untuk memperkatakan bahawa krisis-krisis perdagangan yang diulangi secara berurutan, setiap kali lebih merbahaya, mengancam kewujudan seluruh masyarakat borjuasi.” Adakah ini benar?

Pada masa-masa tertentu, sistem kapitalis kelihatan seperti gambar Marx. Pada masa-masa yang lain, dan terutamanya dalam 25 tahun yang lalu, ia kelihatan sangat bebeza. Ia mengikuti bahawa antara kajian Marx mengenai kapitalisme adalah silap dalam beberapa aspek penting atau, seperti yang akan diperdebatkan di sini, bahawa sistem tersebut sebenarnya mempunyai kebiasaan menuju krisis-krisis yang lebih mendalam, tetapi bahawa kebiasaan ini telah diubahsuai oleh tindakan faktor-faktor lain.

Marx memercayai bahawa terdapatnya dua sebab asas yang menjadikan krisis ekonomi sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kapitalisme. Pertama, kebiasaan untuk menghasilkan lebih banyak barangan daripada yang dapat dijual – “pengeluaran lebih” – dan kedua, kebiasaan bagi kadar keuntungan untuk merosot.

Bayangkanlah sesuatu masyarakat kapitalis di mana tidak terdapatnya akumulasi kapital. Setiap tahun kuantiti dan nilai barangan yang sama dihasilkan. Cara-cara pengeluaran tidak berubah kerana penciptaan-penciptaan baru tidak digunakan. Segala barangan yang dihasilkan dijual pada nilainya. Marx menamakan sistem ini “pengeluaran ringkas.” Jumlah pendapatan dirampas, pertama sekali, oleh pihak kapitalis, Mereka perlu membeli, dari satu sama lain, bahan-bahan mentah untuk menggantikan bahan-bahan dalam pengeluaran dan untuk membayar gaji. Hasil pendapatan yang lain mewakili nilai lebih. Ia adalah harta pihak kapitalis dan selagi mereka membelanjakan segalanya untuk barangan pengguna, pengeluaran lebih tidak dapat berlaku.

Sekarang bayangkanlah, masih di bawah pengeluaran ringkas, bahawa beberapa kapitalis tidak membelanjakan kesemua pendapatan mereka. Ini akan memulakan krisis “pengeluaran lebih.” Pihak kapitalis ini, setelah menjual barangan, tidak membuat pembelian sepenuhnya yang sejajar. Hasilnya adalah kemerosotan dalam tuntutan dan kemerosotan dalam kadar keuntungan. Sistem seperti itu tidak pernah dan tidak akan wujud. Namun, ia menggambarkan salah satu masalah utama kapitalisme. Tidak terdapatnya rancangan pengeluaran dan namun, perlu terdapatnya “tangan ajaib” yang mengarahkan pengeluaran dan penggunaan dalam cara untuk mengekalkan imbangan terperinci.

Dengan skima pengeluaran ringkas, ini bukannya susah. Tetapi skima ini mengabaikan kuasa penjana utama dalam sistem kapitalis – iaitu akumulasi kapital. “Akumulasi, akumulasi,” menulis Marx, “inilah Moses dan nabi-nabi.” Pihak kapitalis, secara individu atau korporat, tidak mempunyai pilihan. Persaingan memaksa setiap firma untuk mencuba meluaskan diri dengan melaburkan semula sebahagian besar daripada nilai lebih yang dimilikinya.

Nilai lebih diubah menjadi kapital. Sebahagian daripadanya digunakan untuk membayar gaji sampingan (kapital berubah), kebanyakannya digunakan untuk membeli jentera dan bangunan tambahan (kapital tetap). Ia juga digunakan untuk membeli bahan-bahan mentah tambahan dan untuk membayar bagi pengurangan nilai. Marx mengumpulkan segala pembiayaan ini kecuali gaji di bawah tajuk kapital tetap. Akumulasi bermakna pertumbuhan pesat kapital tetap yang digunakan dalam pengeluaran.

Ini mempunyai beberapa kesan, dan salah satu daripadanya adalah sangat penting. Akumulasi kapital mesti, jika semua perihal lain tidak berubah, meningkatkan tuntutan bagi kuasa tenaga pekerja. Kesan ini dirumuskan oleh ahli ekonomi, P. M. Sweezy: “Apabila tuntutan bagi mana-mana komoditi meningkat, harganya juga meningkat; dan ini merupakan pemosongan harga dari nilai. Kita sedar bahawa dalam kes komoditi biasa, misalnya kain kapas, ini akan menggerakkan beberapa kuasa untuk membawa kembali harga ke dalam kadar seiras dengan nilainya: pengeluar-pengeluar kain kapas akan membuat keuntungan yang sangat tinggi, pihak kapitalis dari luar akan dipaksa untuk memasuki industri itu, bekalan kain kapas akan diluaskan, harga akan merosot sehingga ia sekali lagi sama rata dengan nilai dan keuntungan adalah pada kadar biasa.

“Setelah menyatakan prinsip umum dalam cara ini, kita dengan serta-merta dikejutkan oleh fakta menakjubkan: kuasa tenaga pekerja bukannya komoditi biasa. Tidak terdapatnya kapitalis yang dapat menghasilkan tenaga pekerja jika harganya meningkat; sebenarnya, tidak terdapatnya ‘industri kuasa tenaga pekerja’ sama sekali dari segi yang sama dengan industri kain kapas… Dalam kapitalisme secara umumnya, mekanisme keseimbangan bagi bekalan dan tuntutan adalah kekurangan dalam kes kuasa tenaga pekerja.” Jika sesuatu faktor pengganti tidak dapat dijumpai, gaji benar akan meningkat dengan pesat sambil akumulasi kapital berlaku, dan, sambil ia meningkat, nilai lebih akan merosot sehingga tidak terdapatnya nilai lebih lagi.

Pelbagai faktor pengganti mempunyai kepentingan dalam amalan. Imigrasi tenaga pekerja pada skala besar-besaran telah wujud pada kebanyakan masa dalam sejarah kapitalisme. Berjuta-juta pekerja, biarpun lelaki mahupun perempuan, telah ditarik dari kawasan-kawasan ‘mundur’ ke tanahair kapitalis.

Tetapi yang paling penting adalah penggantian “tenaga pekerja mati” bagi tenaga pekerja hidup, iaitu peningkatan produktiviti tenaga pekerja dengan penggunaan kapital tetap bagi setiap pekerja. Peningkatan ini, dalam apa yang dinamakan oleh Marx sebagai “kandungan organik kapital,” dipaksa pada pihak kapitalis oleh keperluan untuk mengurangkan peningkatan tuntutan bagi kuasa tenaga pekerja dalam aliran akumulasi. Ia mempunyai satu lagi kesan penting. Kadar keuntungan – nisbah nilai lebih kepada jumlah kapital (kapital tetap serta kapital berubah) – mesti merosot apabila semakin banyak kapital tetap digunakan, kecuali jika terdapatnya peningkatan sama rata dalam produktivit tenaga pekerja.

VI. Apakah punca krisis?

Sebab-sebab bagi kepercayaan Marx bahawa krisis-krisis ekonomi yang semakin mendalam tidak dapat dielakkan di bawah kapitalisme kini dapat dipertimbangkan. Kuasa penjana sistem kapitalis dapat dirumuskan sebagai tekanan untuk mengakumulasi kapital.

Persaingan di antara kepentingan-kepentingan kapitalis memaksa setiap firma untuk mencuba meluaskan bahagian pengeluarannya dengan mengubah nilai lebih menjadi kapital. Proses akumulasi kapital ini biasanya meningkatkan tuntutan bagi tenaga pekerja dan maka menaikkan taraf gaji. Untuk mengurakan kos gaji, peralatan yang lebih moden dan mahal diperkenalkan dengam matlamat meningkatkan produktiviti setuap pekerja dan maka jumlah nilai lebih yang diperah. Kesan yang tidak diingini dari peningkatan dalam kapital tetap bagi setuap pekerja atau “peningkatan dalam kandungan organik kapital” adalah tekanan ke bawag pada kadar keuntungan.

Punca asas kemerosotan bukanlah peralihan jangka masa ini tetapi pergolakan jangka masa pendek dalam kadar keuntungan. Sememangnya setiap kemerosotan mempunyai sebab-sebabnya tersendiri tetapi punca-punca umum sentiasa hadir.

Dalam aliran sesuatu pertumbuhan, tuntutan bagi tenaga pekerja meningkat, pengeluaran meningkat dan begitu juga dengan akumulasi kapital, dan maka tuntutan bagi jentera dan peralatan baru. Pengangguran merosot dan sambil ia tenggelam, begitu juga dengan kawalan paling penting pada gaji yang semakin meningkat. Pendapatan ditolak ke atas dan maka kadar keuntungan biasanya berkurangan. “Tetapi sesudah pengurangan ini mencapai tahap di mana nilai lebih yang menyuburkan kapital tidak lagi dibekalkan dalam jumlah biasa, sesuatu reaksi berlaku: sebahagian yang lebih kecil daripada pendapatan diubahlan menjadi kapital, akumulasi merosot, dan gerakan dalam peningkatan gaji mendapat kawalan” (Marx).

Hasilnya adalah kemerosotan, yang pertama sekali dirasai oleh industri berat yang membuat “barangan kapital” – “Jabatan I” seperti yang dinamakan oleh Marx. Kehilangan pendapatan bagi pekerja dalam jabatan ini oleh kerana pemecatan, pengurangan masa bekerja tambahan dan sebagainya menyebabkan kejatuhan dalam tuntutan bagi komoditi-komoditi yang para pekerja membali dan maka menyebarkan kemerosotan kepada sektor industri yang membuat barangan ini. Marx menamakan sektor ini “Jabatan II.” Kesan ini adalah kumulatif dan kemerosotan menjadi semakin mendalam. Tanpa mengira jika kadar gaji dipotong – dan biasanya, ia dipotong – pendapatan sebenar dan maka tuntutan merosot secara beransur-ansur.

Pengangguran meningkat sehingga pencapaian gaji semasa pertumbuhan ekonomi telah dibatalkan dan kadar keuntungan meningkat semula. Pertumbuhan baru kemudiannya dihasilkan. Ini merupakan gambaran ringkas yang mengabaikan beberapa ciri penting, terutamanya perubahan harga dalam kitaran pertumbuhan-kemerosotan. Namun, ia mewakili inti teori krisis Marx. Sebelum membandingkannya dengan perkembangan kapitalis sebenar, tiga ciri perlu dipertimbangkan.

Yang pertama adalah bahawa walaupun krisis kelihatan seperti krisis “pengeluaran lebih,” atau krisis tuntutan yang merosot, ia bukannya tuntutan yang melarat. Ia adakah kuasa membeli. Seperti yang ditulis oleh Marx: “Punca terakhir setiap krisis benar sentiasanya adalah kemiskinan dan penggunaan terhad rakyat jelata berbanding dengan kebiasaan pengeluaran kapitalis untuk memperkembangkan kuasa-kuasa produktif dalam sesuatu cara di mana satu-satunya kuasa penggunaan mutlak seluruh masyarakat menhad barasannya.”

Fakta ini adalah dasar bagi pelbagai skima reformasi yang mencuba, dalam suatu cara atau yang lain, untuk menghalang atau meringankan bebas kemerosotan dengan memberikan kuasa membeli kepada para pekerja. Potensi dan batasan usaha ini akan dikaji di bawah.

Ciri kedua adalah mengapa krisis-krisis biasanya menjadi lebih mendalam. Inilah di mana kebiasaan jangka masa panjang untuk kadar keuntungan merosot adalah penting. Sehingga tahap bahawa ia menjadi nyata, ia mengurangkan ‘bumbung’ keuntungan, dan maka ‘ruang’ di antara ‘bumbung’ dan ‘lantai’ yang dihasilkan oleh perjuangan kelas pekerja. Maka, dalam ketidak-hadiran faktor-faktor lain, krisis patut menjadi lebih kerap dan lebih mendalam. Inilah sebab utama mengapa Marx percaya bahawa gaji tidak akan meningkat tanpa batasan dalam masyarakat kapitalis.

Akhirnya, terdapatnya fakta bahawa terdapat sesuatu sektor pengeluaran, dinamakan oleh Marx sebagai ‘Jabatan III,’ yang tidak mengeluarkan “barangan gaji” bagi jualan kepada para pekerja mahupun “barangan kapital” untuk akumulasi. Ia meliputi “barangan mewah” untuk jualan kepada golongan kaya dan, lebih penting lagi, pelbagai barangan bagi kerajaan yang, dari segikata tegas, bukan merupakan komoditi dari segi Marx, kerana ia tidak dihasilkan bagi pasaran.

Sektor ini, secara relatif, tidak mengalami kesan dari faktor-faktor yang mengakibatkan pertumbuhan dan kemerosotan dalam Jabatan I dan II. Saiznya adalah sangat penting untuk mengubahsuai kitaran pertumbuhan-kemerosotan. Bagaimanakan teori tersebut diukur berbanding realiti? Ahli ekonomi liberal, Lord Beveridge, menyimpulkan: “Perubahan aktiviti perindustrian di Britain dalam masa-masa yang agak panjang, dari kitaran perdagangan moden, dapat dijumpai dalam seluruh sejarah bagi mana maklumat bagi pembinaan industri dapat diperolehi, iaitu dari tahun 1785.”

Masa bagi satu kitaran, mengikut perangkaan Beveridge, adalah lebih kurang 10 tahun. Jelasnya, kitaran pertumbuhan-kemerosotan dibina ke dalam kapitalimse. Apabila kemelaratan krisis dipertimbangkan, gambar ini diubahsuai. Terdapatnya kebiasaan umum tetapi tidak sama rata bagi krisis-krisis untuk menjadi semakin mendalam sehingga tahun 1880-an. Selepas itu, kemerosotan menjadi lebih ringan sehingga selepas Perang Dunia Pertama. Kemerosotan pada tahun 1921, 1929, dan 1938 merupakan lebih mendalam daripada kemerosotan pada abad ke-19, walaupun kemerosotan pada tahun 1938 diganggu oleh Perang Dunia Kedua.

Akhirnya, sejak tahun 1945, telah berlakunya beberapa kemerosotan cetak, yang sebenarnya tidak memerlukan nama kemerosotan. Fakta-fakta ini harus dijelaskan sebelum ia menjadi tidak mustahil untuk mencapai kesimpulan waras mengenai dakwaan bahawa pertubuhan ekonomi selepas peperangan membuktikan bahawa kapitalisme telah diubahsuai dengan mendadak dan kini tidak dapat mengalami kemerosotan.

Tiga ciri utama sistem kapitalis yang belum dikaji mempunyai kesan pada isu ini. Ia merupakan pertumbuhan kapitalisme monopoli dan kapitalisme monopoli kerajaan, pengeksportan kapital dan perluasan pengeluaran Jabatan III.

Dua daripada ini mempunyai, pada masa-masa berbeza, pengaruh kestabilan jangka masa sederhana pada ekonomi-ekonomi kapitalis. Tidak satu pun dapat menghindari kebiasaan sistem kapitalis untuk memasuki krisis.

VII. Perakaran gergasi-gergasi

Robert Owen, pada tahun-tahun awalnya, merupakan kapitalis besar pada separuh pertama abad ke-19. Dia telah merangkul kejayaannya dengan sendiri, dan merupakan anak seorang pekedai. Bermula sebagai pembantu kedai, dia menjadi pengurus sebuah kilang penenuan kapas di Manchester, dan kemudiannya rakan kongsi dalam perniagaan tersebut dan kemudiannya, selepas hanya sebelas tahun, pemilik kilang penenunan yang terbesar di dunia, iaitu Lanark Baru. Syarikat Lanark Baru pada milanya merupakan perkongsian dan kemudiannya menjadi perniagaan keseorangan. Walaupun besar, ia hanya mengeluarkan sebahagian kecil daripada kain kapas sedunia. Owen tidak mempunyai kawalan ke atas harga-harga yang dibayar bagi bahan-bahan mentah dan jentera, mahupun ke atas harga-harga yang dapat dikenakan bagi barangan kilangnya.

Kuasa-kuasa pasaran telah memastikan yang harga-harga kekal pada tahap yang hampir serupa dengan nilai. Tidak satu pun kapitalis di dunia dapat mengubahkannya dengan serius. Persaingan bermaharajalela dan kapitalis seperti Owen mematuhi hukum-hukum “tangan ajaib” atau menjadi muflis. Dunia beribu-ribu perusahaan yang bersaing ini merupakan dunia ahli-ahli teori ekonomi bagi semua sekolah, klasik, Marxian dan neo-klasik. Sebenarnya, idea hukum ekonomi sendiri bergantung pada anggapan bahawa pihak kapitalis serta para pekerja dipaksa bertindak dalam cara-cara tertentu oleh kuasa-kuasa yang mereka tidak dapat mengawali.

Perusahaan Besi Amerika Syarikat merupakan kapitalis biasa pada hari ini. Ia bukannya manusia yang merangkul kejayaan sendiri. Orang yang menguasai polisi-polisinya adalah kaya tetapi mereka tidak memiliki lebih daripada sebahagian kecil daripada perusahaan tersebut. Majoriti besar daripada ‘pemilik’ – iaitu pemegang saham – tidak mempunyai pengaruh pada polisi perusahaan tersebut sama sekali.

Malah, pemilik-pemilik sebenar Perusahaan Besi Amerika Syarikat tidak berada dalam kedudukan yang sama dengan Owen dari segi polisi harga. J. K. Galbraith merumuskan keadaan ini seperti berikut: “Eksekutif-eksekutif Perusahaan Besi Amerika Syarikat, iaitu ketua-ketua harga jangka masa panjang dalam industri besi, mempunyai kuasa untuk menaikkan dan merendahkan harga yang mereka mengenakan bagi besi mereka sendiri. Apabila mereka menggunakan kuasa itu, seluruh industri besi biasanya mengikuti mereka. Eksekutif-eksekutif yang sama membuat keputusan mengenai tempat untuk membina kilang baru dan berapa banyak kilang untuk dibina, berapa banyak untuk dibayar dalam dividen dan, tertakluk kepada penunjukkan kekuataan dengan kesatuan pekerja, berapa banyak gaji untuk dibayar. Mereka mempunyai kuasa bagi segala perihal ini; mereka bunyakan gigi roda bagi kuasa-kuasa pasaran… Sebagaimana dengan besi, maka juga dengan sebahagian besar industri Amerika.” Dan industri Eropah juga.

Hanya beberapa perusahaan gergasi, kebanyakannya perusahaan multinasional, menguasai pengeluaran dan perusahaan-perusahaan gergasi ini bukan hanya bertindak kepada kuasa-kuasa pasaran. Mereka dapat mempengaruhinya dengan serius.

Marx, bertentangan dengan ahli-ahli ekonomi ortodoks, meramalkan kapitalisme persaingan berkembang menjadi kapitalisme monopoli antarabangsa. “Satu kapitalis sentiasa membunuh ramai kapitalis,” dia menulis. “Seiringan dengan pemusatan ini, atau penghapuskan ramai kapitalis oleh beberapa kapitalis, berkembangnya… belitan semua rakyat di dunia dalam jaring pasaran dunia dan sifat antarabangsa rejim kapitalis.”

Faktanya masih benar bahawa kajian ekonomi Marx menganggap persaingan mantap di antara pihak kapitalis. Keluarkan sifat itu dan seluruh strukturnya hancur. Fakta ini pertama sekali diutarakan oleh ahl revisionis Demokrasi Sosial Jerman, Eduard Berstein. Berstein menumpukan perhatian kepada pertumbuhan bersama perusahaan-perusahaan dan kartel-kartel gergasi serta sifat cetak kemerosotan pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Dia mengharapkan pertumbuhan “kapitalisme teratur” pada skala dunia yang, melalui perancangan dan kawalan ke atas pasaran, dapat menghapuskan ketidak-stabilan sistem kapitalis. Dia juha menunjukkan hubungan rapat di antara perusahaan-perusahaan besar dan kerajaan. Kerajaan “pengawal malam” pada abad ke-19 semakin digantikan oleh kerajaan yang terlibat dengan mendalam dalam menyokong dan mengawal ekonomi, perkembangan yang sangat jelas di tanahairnya, Jerman.

Fakta-fakta yang sama telah dinotakan oleh V. I. Lenin. “Perubahan perisangan menjadi monopoli ini,” dia menulis pada tahun 1916, “adalah salah satu fenomena paling penting bagi ekonomi kapitalis moden… Bagi Eropah, masa apabila kapitalisme baru telah menggantikan yang lama dapat ditentukan dengan agak terperinci: ia adalah permulaan abad ke-20.” Setahun kemudian, dia menulis mengenai “proses perubahan kapitalisme monopoli menjadi kapitalisme monopoli kerajaan,” mengenai kerajaan “menjadi semakin bergabung dengan perusahaan-perusahaan kapitalis berkuasa.”

Lenin menarik kesimpulan yang bertentangan dengan Berstein. Kapitalisme monopoli dan kapitalisme monopoli kerajaan, dia memperdebatkan, bukannya lebih atau kurang stabil daripada kapitalisme persaingan. Krisis ekonomi dan peperangan – yang Berstein berpendapat bahawa “kapitalisme teratur” akan membasmikan – akan menjadi semakin kerap dan mendalam. Tidak dapat dinafikan bahawa sejarah separuh pertama abad ke-20 membuktikan kesilapan Berstein dan ketepatan Lenin. Walau apa pun yang lain berlaku, pertumbuhan monopoli akhir tidak menstabilkan sistem kapitalis. Sebabnya adalah jelas. Dalam kata-kata Lenin, “monopoli, yang telah bertumbuh dari persaingan bebas, tidak membasmikan yang terakhir itu.” Walaupun perusahaan gergasi tidak lagi merupakan patung pasaran, ia terlibat dalam perjuangan berterusan dengan perusahaan-perusahaan yang lain untuk merangkil lebih banyak nilai lebih dan untuk meluaskan kapital.

Hukuman bagi kegagalan bukan lagi kemuflisan – perusahaan-perusahaan gergasi jarang sekali menjadi muflis – ia adalah pengambil-alihan. Penguasa-penguasa perusahaan-perusahaam besar mempunyai kuasa besar tetapi bukannya kuasa untuk menghindari perjuangan ini. Persaingan telah dihasilkan semula pada tahap yang lebih tinggi dan oleh kerana ini, kajian Marx masih adalah penting. Maka, mengapakah pertumbuhan monopoli berlaku pada masa yang sama dengan kekurangan kemerosotan? Penjelasan Lenin, iaitu pengeksportan kapital, kini perlu dikaji.

VIII. Beban manusia berkulit putih

Pada tahun 1870, kebanyakan daripad benua Afrika masih diperintah oleh rakyat Afrika. Menjelang tahun 1914, benua tersebut telah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah. Hanya kerajaan patung Amerika Syarikat, iaitu Liberia, dan Pemerintahan Beraja Ethipia, masih kekal. Di Asia, negara-negara bebas yang masih wujud antara dijajah seperti Myanmar atau dibahagikan menjadi “sfera-sfera pengaruh” oleh kuasa-kuasa besar seperti dalam kes Negara Cina. “Kemerdekaan” palsu seperti yang kekal di negara-negara seperti Iran dan Turki adalah kerana konflik-konflik di antara bakal penjajah-penjajah mereka. Begitu juga dengan Kepulauan Australasia dan Amerika Selatan. Kuasa-kuasa Eropah dan Amerika Utara hampir memerintah seluruh dunia. Ini merupakan kemuncak imperialisme dalam ideologi serta dalam fakta, iaitu tahun-tahun “beban manusia berkulit putih” seperti yang dikatakan oleh Kipling, atau “takdir jelas” seperti yang dikatakan oleh Taft, atau seperti yang dikatakan oleh Rhodes, “Saya akan menjajah planet-planet lain jika dapat.”

Ia juga merupakan tahun-tahun apabila kapitalisme Eropah dan Amerika Syarikat mengalami perubahan struktur yang mendadak. Kapitalisme laissez-faire semakin digantikan oleh kapitalisme monopoli. Di Jerman, menjelang tahun 1914, “kurang dari satu perseratus daripada jumlah perusahaan menggunakan lebih dari tiga perempat daripada kuasa stim dan elektrik… perusahaan-perusahaan kecil, yang mewakili 91 peratus daripada jumlah, hanya menggunakan 7 peratus daripada kuasa stim dan elektrik.”

Di Amerika Syarikat, “John Moody pada tahun 1914 memetik 318 perusahaan, kebanyakannya diasaskan selepas tahun 1898, sebagai bukti bahawa penguasaan perdagangan dan kapital semakin dipusatkan dalam hanya beberapa tangan.” Serupa dengan itu, walaupun pada tahap yang berbeza, dengan setiap masyarakat kapitalis, ramalan Marx bahawa “satu kapitalis sentiasa membunuh ramai kapitalis” menjadi kenyataan dengan ganas.

Bahawa fakta-fakta ini berhubungan dengan satu sama lain merupakan perdebatan asas teor imperialisme Lenin. “Di bawah kapitalisme monopoli, apabila monopoli-monopoli bermaharaja, pengeksportan kapital menjadi ciri biasa.” Untuk menjaga pelaburan kelas-kelas pemerintah, kerajaan-kerajaan kuasa-kuasa imperialis dipaksa untuk melancarkan pemerintahan penjajahan ke atas negara-negara ‘mundur.’ Faktor-faktor lain yang mendesak mereka dalam arah yang sama merupakan perjuangan bagi kawalan ke atas bahan-bahan mentah dan bagi pasaran yang dikawal dari pesaing-pesaing lain. Tetapi monopoli dan pengeksportan kapital merupakan ciri-ciri utama.

Bukti bagi kes Lenin adalah menakjubkkan dan pasa masa ia ditulis, ia sudah pasti didirikan pada dasar kebenaran. Pertimbangkanla kes Britain. Pengkaji perintis mengenai imperialisme Britain, J. A. Hobson, telah menunjukkan bahawa “pelaburan asing dan kolonial Britain meningkat dari tahun 1883 sehingga 1893 pasa kadar 74 peratus setiap tahun. Pada tahun 1899, keuntungan dari pelaburan ini berjumlah di antara £90 juta dan £100 juta; pada tahun 1909, ia telah meningkat sehingga £140 juta dan pada tahun 1915 sehingga £200 juta, iaitu lebih kurang satu persuku daripada pendapatan kelas-kelas atasan dan menengah, oleh kerana jumlah pendapat yang tertakluk kepada cukai adalah lebih kurang £900 juta.”

Kebiasaan yang sama, pada tahap-tahap berbeza, hadir di kesemua negara imperialis. Kestabilan relatif kapitalisme semasa pemerintahan Ratu Victoria dan Raja Edward bergantung pada pengeksportan kapital ini. Sesuatu cara telah dijumpai untuk menghindari ketidak-stabilan sistem kapitalis – buat seketika dan dengan harga yang tinggi.

Dari segi ekonomi semata-mata, masalah bagi kelas kapitalis adalah bahawa akumulasi kapital, yang dipaksa pada setiap perusahaan kapitalis oleh pesaing-pesaingnya, meningkatkan tuntutan bagi kuasa tenaga pekerja dan maka harganya – iaitu gaji. Ini kemudiannya mengurangkan nilai lebih dan penhakisan kadar keuntungan menghadkan akumulasi lalu memulakan kemerosotan. Kecuali jika, sememangnya, hubungan di antara akumulasi dan tuntutan meningkat bagi kuasa tenaga pekerja dapat diganggu. Inilah yang pengeksportan kapital ke negara-negara ‘mundur’ membantu mencapai sejak tahun 1880.

Pekerja India di kilang rami, pelombong Afrika, penenun kapas Negara cina, dapat dan sememangnya dibayar gaji lebih rendah daripada “harga yang ditentukan secara bersejarah” bagi kuasa tenaga pekerja mereka. Dengan kegangguan ekonomi-ekonomi tradisional bersejarah oleh kapitalisme, tenaga pekerja yang telah dimiskinkan kini terdapat di dunia kolonial dan separuh kolonial. Maka munculnya “maha-keuntungan” imperialisme. Dan jika “rakyat peribumi bergolak,” seluruh kuasa imperialisme terdapat untuk menghalang mereka daripada mencapai hak-hak demokrasi yang paling asas.

Tidak pernah terdapatnya pihak sosialis yang meluahkan inti politik imperialis dengan lebih baik daripada Mejar-Jeneral Amerika Syarikat, Smedley D. Butler: “Saya telah berkhidmat selama 33 tahun dan empat bulan sebagai ahli dalam kuasa ketenteraan paling mantap negara kita – Tentera Laut… Dan pada masa itu, saya telah meluangkan kebanyakan masa saya sebagai pengawal kelas tinggi bagi Perusahaan Besar, bagi Wall Street, dan bagi pihak-pihak bank. Pendek kata, saya merupakan pengawal bagi kapitalisme… Maka, saya membantu menjadikan Meksiko selamat bagi kepentingan minyak Amerika pada tahun 1914. Saya membantu menjadikan Haiti dan Kuba tempat baik bagi pihak Bank Bandar Kebangsaan untuk mengutip pendapatan… saya membantu membersihkan Nikaragua bagi rumah pembankan antarabangsa, Adik-Beradik Brown, pada tahun 1909-1912. Saya membawa cahaya ke Republik Dominika bagi kepentingan gula Amerika Syarikat pada tahun 1916. Saya membantu menimbulkan ‘hak’ Honduras bagi perusahaan-perusahaan buah-buahan Amerika Syarikat pada tahun 1903. Di Negara Cina pada tahun 1927, saya membantu memastikan yang Standard Oil dapat berbuat sesuka hati tanpa gangguan.”

Harga imperialisme dibayar oleh para pekerja dan golongan petani yang dieksplotasikan di dunia kolonial. Ia juga dibayar, bertentangan dengan pandangan Lenin, oleh para pekerja di negara-negara kapitalis maju. Sekali lagi, mengambil Britain sebagai contoh, gaji benar meningkat dengan tidak malar tetapi dengan mendadak sehingga pertengahan tahun 1890-an. Dari tahun 1896 sehingga 1900, ia tidak bertumbuh dengan banyak. Selepas itu, ia bermula tenggelam. “Di antara tahun 1899 dan 1913, gaji benar sebenarnya merosot, dengan sebanyak 10 peratus.” Pengeksportan kapital sedang menjadi sangat mahal.

Harga yang lebih tinggi lagi diperlukan. Pada tahun 1914, persaingan dan konflik di antara kuasa-kuasa perompak besar meletus menjadi pembunuhan paling zalim yang pernah dilihat di dunia. Berjuta-juta pekerja bertempur untuk tuan-tuan mereka. Berjuta-juta dibunuh. Kemuncak kapitalisme telah berlalu, “abad peperangan dan revolusi” telah bermula.

IX. Kapitalisme moden

“Menjelang tahun 1968, ekonomi dunia bebas akan dikuasai oleh lebih kurang 300 perusahan besar, yang bertanggungjawab bagi kebanyakan pengeluaran perindustrian… Ia tidak mustahil bahawa 200 daripada 300 perusahaan yang disebut… akan menjadi perusahaan Amerika Syarikat… Peningkatan di Amerika Syarikat dari segi jumlaj perusahaan-perusahaan antarabangsa sudah adalah menakjubkkan. Sebelum peperangan, pelaburan asing oleh perusahaan-perusahaan yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa merupakan 15,000 juta dolar. Kini ia adalah 100,000 juta dolar dan masih meningkat. Jumlah pelaburan perusahaan-perusahaan Amerika Syarikat dalam perusahaan-perusahaan asing adalah lebih kurang 60 peratus daripada jumlah keseluruhan.” Ini bukannya petikan dari versi Maklumat Baru bagi karya Lenin, Imperialisme. Ia dipetik dari ucapan yang dibuat oleh Jerusalem pada tahun 1969 oleh Encik Peter Parker, Pengerusi Syarikat Booker’s, iaitu salah nama biasa dalam perdagangan kolonial Britain.

Imperialisme masih berada dengan kita. Ia membebankan kehidupan majoriti rakyat di dunia. Ia masih bertanggungjawab bagi pelbagai “peperangan kotor,” di mana Perang Vietnam merupaka yang terbesar, paling kejam dan paling terkenal. Dari Kongo pada tahun 1960 ke Muskat dan Oman pada tahun 1970, kuasa-kuasa imperialisme masih mencampur tangan dalam kepentingan-kepentingan perusahaan-perusahaan multinasional. Apa yang telah berubah, pada pandangan pertama, adalah ideologi. Kita telah bergerak dari “bebas manusia berkulit putih” ke “pertahanan dunia bebas.”

Namun, terdapatnya perubahan-perubahan benar sejak masa Lenin. Salah satu ciri utama teori Lenin merupakan kepentingan pengeksportan kapital dari negara-negara kapitalis ‘maju’ ke ‘Dunia Ketiga.’ Satu lagi meruupakan korupse “bangsawan pekerja” di dunia Barat dengan sisa-sisa dari ‘maha-keuntungan’ imperialisme. Ini, dalam pandangan Lenin, merupakan dasar sebenar bagi pengabai sosialisme dan perjuangan kelas oleh kepimpinan Parti-Parti Buruh dan Demokrasi Sosial. Ahli-ahli teori yang lain telah mendukung idea ini lebih lanjut dan telah memperdebatkan bahawa bukan sahaja bangsawan pekerja tetapi seluruh kelas pekerja di negara-negara ‘maju’ telah menjadi korupse akibat imperialisme.

“Negara-negara maju berjaya dalam mengeksport masalah-masalah dalaman mereka dan memindahkan konflik di antara kaya dan miskin dari pentas kebangsaan ke pentas antarabangsa,” menulis Kwame Nkrumah. “Apabila Afrika menjadi bebas secara ekonomi dan bersatu secara politik, pihak monopolis akan menghadapi kelas pekerja di negara-negara mereka sendiri, dan perjuangan baru akan bangkit di mana penghapusan dan penumbangkan imperialisme akan menjadi sempurna.”

Sebenarnya, pengeksportan kapital mahupun ‘maha-keuntungan’ imperialisme tidak lagi memainkan peranan penting seperti dahulu. Pengeksportan kapital dari kawasan-kawasan ‘maju’ ke kawasan-kawasan ‘mundur,’ iaitu pengaruh kestabilan pada kapitalisme semasa akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kini tidaklah begitu penting. Sememangnya ia terlalu kecil untuk dikatakan bertanggungjawab bagi pengubahsuaian kitaran pertumbuhan-kemerosotan yang begitu jelas dalam 20 tahun yang lalu.

Dalam kes Britain, iaitu pengeksport kapital terbesar pada tahun 1914, kepentingan eksport kapital telah merosot dengan mendadaL; ia telah mengalir pada lebih kurang 2 peratus daripada hasil pendapatan kasar berbanding dengan 8 peratus sebelum Perang Dunia Pertama; ia kini menyerap kurang dari 10 peratus daripada simpanan berbanding dengan 50 peratus sebelumnya; dan pemulangan bagi pelaburan asing telah mengalir pada 2 peratus daripada pendapatan kebangsaan berbanding dengan 4 peratus pada tahun 1880-an, 7 peratus pada tahun 1907 dan 10 peratus pada tahun 1914.

“Di antara tahun 1895 dan 1913, 61 peratus daripada isu-isu kapital baru dibuat pada akaun luar negara, menjelang tahun 1938 ia telah merosot sehingga 30 peratus dan baru-bary ini bertanggungjawab bagi 20 peratus daripada jumlah keseluruhan.” Memang benar bahawa kemerosotan dalam pelaburan luar negara Britain telah berlaku seiringan dengan peningkatan pelaburan luar negara Amerika Syarikat. Pada tahun 1914, Britain memiliki 50 peratus daripada kesemua pelaburan asing berbanding dengan 6 peratus Amerika Syarikat. Pada tahun 1960, nisbah tersebut telah menjadi: Britain, 24 peratus, Amerika Syarikat, 59 peratus. Meskipun ini, pengaliran eksport-eksport kapital dari Eropah dan Amerika Syarikat ke ‘Dunia Ketiga’ adalah kecil. Sebenarnya, jika industri minyak dikecualikan, ia dapat diperdebatkan bahawa tidak terdapatnya eksport kapital bersih buat masa yang lama.

Gambar ini juga tidak berubah dengan banyak jika ‘bantuan’ diambil kira. “‘Bantuam’ seperti itu dianggarkan pada purata tahunan berjumlah sebanyak 6,000 juta dolar di antara tahun 1960 dan 1962. Tetapi jumlah yang diambil keluar dari negara-negara yang dibantu oleh negara-negara penderma pada tahun 1961 dianggarkan sebanyak 5,000 juta dolar dalam keuntungan.” Pengeksportan kapital memainkan peranan penting dalam kapitalisme moden tetapi ia adalah, paling sekali, pengeksportan dari satu negara maju ke negara maju yang lain. Kepentingan ekonomi-nya sangatlah berbeza.

Ia tidak dapat menjadi faktor dalam membenatkan pertumbuhan akumulasi kapital sambil menghindari tuntutan meningkat bagi kuasa tenaga pekerja. Ia tidak dapat dikatakan bertanggungjawab bagi ‘korupse,’ antara di kalangan “bangsawan pekerja” mahupun seluruh kelas pekerja melalui sisa-sisa dari ‘maha-keuntungan.’ Bahagian-bahagian teori Lenin ini sangatlah penting pada tahun 1920. Ia tidak begitu penting pada hari ini.

Ketidak-stabilan kapitalisme tidak dihindari oleh pengeksportan kapital pada hari ini dan tidak pernah dihindari dengan cara itu sejak Perang Dunia Pertama. Kemerosotan tahun 1929-1932 adalah bukti mengenai ini. Untuk memahami pertumbuhan pengeluaran kapitalis sejak Perang Dunia Kedua, ia adalah penting untk mengkaji pertumbuhan tersebut sebagai sebahagian daripada jumlah pengeluaran yang tidak terdiri daripada “barangan gaji” mahupun “barangan kapital.”

X. Persenjataan: kunci kepada pemulihan selepas Perang Dunia Kedua

Pada hari Khamis, 24hb Oktober 1929, atau “Khamis Gelap,” pasaran saham Amerika Syarikat tumbang. Ia merupakan isyarat bagi krisis ekonomi yang paling mendalam dalam sejarah kapitalisme sehingga ini. “Selepas penumbangan besar (Wall Street) datangnya kemerosotan besar. Pada tahun 1933, hasil kebangsaan kasae (jumlah pengeluaran dalam ekonomi) berada pada tahap satu pertiga kurang berbanding dengan tahun 1929. Jumlah fizikal pengeluaran tidak mencapai tahap-tahap tahun 1929 sebelum tahun 1937, dan ia kemudiannya merosot semula.

“Sehingga tahun 1941, nilai dolar bagi pengeluaran kekal di bawah tahap tahun 1929. Di antara tahun 1930 dan 1940, hanya sekali, iaitu pada tahun 1937, dapatnya jumlah purata penganggur jatuh di bawah lapan juta. Pada tahun 1933, hampir 13 juta tidak mempunyai pekerjaan, atau satu perempat dalam kuasa tenaga pekerja. Pada tahun 1938, satu perlima masih tidak mempunyai pekerjaan.” Di Britain, di Jerman, di setiap negara kapitalis monopoli maju, keadaannya adalah serupa. Ramalan Marx bahawa krisis-krisis kapitalis akan menjadi semakin kerap dan mendalam seolah-olah dibuktikan dalam amalan. Perdebatan-perdebatan ‘revisionis’ dan liberal bahawa kapitalisme ‘terancang,’ iaitu kapitalisme monopoli, dapat menghapuskan krisis telah dihancurkan. Hasilnya mungkinlah revolusi-revolusi sosialis di negara-negara kapitalis maju.

Sebenarnya, secara umumnya kerana kemunduran malang Parti-Parti Komunis, yang pada masa itu merupakan satu-satunya sumber kepimpinan revolusioner, kelas-kelas pekerja mengalami kekalahan dan pemutusan asa, fasisme dan akhirnya satu lagi perang dunia. Kebanyakan pihak Marxsis pada itu percaya bahawa, selepas peperangan itu, pertumbuhan ekonomi selepas peperangan akan diikuti oleh kemerosotan yang lebih mendalam lagi. Itu belum lagi berlaku. Sebaliknya, pertumbuhan pengeluaran kapitalis yang mendadak telah berlaku, dihalang hanya oleh beberapa kemerosotan cetek. Memang benar, ini telah berlaku seiringan dengan pengeksploitasian berterusan ‘Dunia Ketiga.’

Faktanya masih benar bahawa di kawasan-kawasan pemusatan kelas pekerja, iaitu negara-negara kapitalis maju, sistem kapitalis telah menjadi stabil. Kestabilan ini tidak berlanjutan lama dan kini sedang mereput seperti yang diramalkan oleh kajian Marxsis mengenai kapitalisme mutakhir. Untuk memahami mengapa, kita perlu menggenggam punca-punca sebenar “pertumbuhan lama.”

Beberapa sebab yang telah dicadangkan dapat diketepikan dengan laju. Pertama sekali, perdebatan bahawa kebinasaan Perang Dunia Kedua dan keperluan untuk membina semula kuasa-kuasa produktif adalah bertanggungjawab. Ia adalah menakjubkan bahawa terdapat orang yang memercayai ini pada tahun 1970, tetapi sememangnya terdapat orang seperti itu. Perang tersebut telah berakhir 25 tahun yang lalu. Sebenarnya, pertumbuhan selepas peperangan telah berlaku, oleh kerana sebab ini, di antara tahun 1945 dan 1949. Kemudian, kemerosotan ekonomi telah bermula, paling jelas sekali di Amerika Syarikat. Ia tidak berlanjutan lama.

Pada tahun 1950, Perang Korea telah bermula dan ia membawa pertumbuhan baru. Dan ia merupakan tahun-tahun sejak 1950 yang telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang mendadak. Kadar pertumbuhan ini seringkali tidak diberikan cukup peruntukan. Sebenarnya, pertumbuhan seperti itu tidak pernah laku sebelum tahun 1950. “Sistem itu tidak pernah bertumbuh dengan begitu pesat buat masa yang lama sejak perang tersebut – dua kali lebih laju di antara tahun 1950 dan 1964 berbanding di antara tahun 1913 dan 1950, dan hampit setengah kali lebih laju sekali lagi berbanding dengan generasi sebelum itu.”

Satu lagi idea popular adalah bahawa ia merupajan penciptaan-penciptaan baru, atau kemajuan teknoloi yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi ini. Kadar perubahan teknologi kini adalah lebih laju daripada bila-bila masa dalam seluruh aliran sejarah manusia. Maka pertumbuhan ekonomi secara semulajadi adalah lebih laju dan kemerosotan seolah-olah melesap. Perdebatan ini tidak menggenggam fakta asas bahawa di bawah kapitalisme, pengeluaran bukanlah untuk kegunaan tetapi untuk keuntungan. Kapital dilaburkan jika terdapatnya ramalan keuntungan dan bukannya jika tidak, tanpa mengira betapa bergunanya sesuatu barang bagi rakyat. Sememangnya, tidak terdapatnya kekurangan penciptaan yang menunggu perkembangan pada tahun 1930. Television adalah contoh yang baik. Seperti yang ditunjukkan oleh ahli sains, J. D. Bernal, “Perkembangan television berlaku dengan perlahan-lahan bukannya kerana prinsip-prinsipnya tidak digenggam pada waktu awal (cadangan-cadangan Campbell Swinton pada garisan yang hampir sama seperti yang digunakan pada masa ini telah dibuat pada tahun 1911) dan bukannya kerana kesusahan teknikal… Ia ketinggalan kerana perusahaan-perusahaan elektrik besar… terlalu mementingkan keuntungan serta-merta untuk memasuki perkembangan mahal.” Sebenarnya, hubungan di antara pertumbuhan ekonomi dan kemajuan teknologi adalah bertentangan dengan apa yang biasanya dianggap. Ia adalah kewujudan pertumbuhan yang menjadikannya beruntung untuk melabur dalam barangan baru, dan bukan sebaliknya.

Satu lagi kesilapan popular adalah bahawa ia adalah perancangan dan pentadbiran kerajaan yang merupakan ciri setiap ekonomi kapitalis moden yang merupakan penjelasannya. Ini adalah, sememangnya, pandangan reformis. Campur tangan kerajaan dalam ekonomi adalah penting, perbelanjaan kerajaan adalah sangat penting tetapi perancangan dan pentadbiran hanya berfungsi selagi ia mengikuti iras sistem. Lihatlah ‘Rancangan Kebangsaan’ Kerajaan Buruh di Britain. Apabila iklim ekonomi berubah, ia tenggalam tanpa kesan. Terdapat pelbagai lagi contoh seperti itu. Mungkin yang paling penting merupakan “Perjanjian Baru” Amerika Syarikat pada tahun 1930-an. Ini merupakan campur tangan kerajaan pada skala besar-besaran. Ia mempunyai beberapa kesan, tetapi satu kesan yang ia tidak membawa merupakan kesan yang ia patut mencapai. Ia tidak mengakhiri kemerosotan ekonomi.

Apa yang mengakhiri kemerosotan, di Eropah dan juga di Amerika Syarikat, merupakan pengeluaran persenjataan. Ini tidak dapat dinafikan. John Strachey menulis dalam A Programme for Progress: “Tujuh tahun dari 1930 sehingga 1937 melibatkan (1931-1932) dua tahun kemerosotan melampau dan lima tahun pemulihan. Tetapi pemulihan itu berakhir pada separuh pertama tahun 1937. Pada musim luruh tahun itu, kemerosotan baru telah berlaku. Pengangguran meningkat sebanyak tiga perempat daripada sejuta orang di Britain. Di Amerika Syarikat, ia meningkat sebanyak empat juta orang dalam sembila bulan. Semua petanda menunjukkan bahawa kemerosotan baru itu bukan sahaja mendalam, tetapi lebih mendalam lagi, daripada kemerosotan mendalam tahun 1929… Kemerosotan itu dihentikan pada separuh jalan… Malah tidak dapat dinafikan bahawa punca pemberhentian ini… Ia merupakan akibat daripada fakta bahawa perbelanjaan kerajaan Britain mencapai £700 juta setahun bagi persenjataan.” Dan serupa dengan itu, tidak lama kemudian, berkenaan dengan Amerika Syarikat.

Maka, ia merupakan perbelanjaan kerajaan, dan bukannya perancangan seperti itu, yang mengatasi krisis. Dan, seperti yang akan ditunjukkan, bukan mana-mana perbelanjaan tetapi, dengan penting, perbelanjaan persenjataan. Kepentingan pengeluaran Jabatan III adalah kuncinya. Ia adalah ini yang telah mengekalkan pertumbuhan berpanjangan. Sebab-sebab mengapa ia tidak berterusan tanpa henti kini akan dikaji.

XI. Tamatnya kestabilan selepas peperangan

Pada tahun 1962, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerbitkan kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang £43,000 juta setahun dibelanjakan untuk persenjataan. Ini merupakan hampir satu persepuluh daripada jumlah pengeluaran barangan dan perkhidmatan sedunia dan hampir sama rata dengan nilai segala eksport dari kesemua negara.

Lebih penting lagi, “perbelanjaan persenjataan adalah sejajar dengan setengah daripada pembentukan kapital kasar di seluruh dunia” (M. Kidron, Western Capitalism Since the War, Penerbit Penguin). Perbelanjaan besar ini dipusatkan pada industri-industri barangan kapital – iaiti ‘Jabatan I’ Marx, iaitu sektor ekonomi yang paling sensitif kepada pergolakan ekonomi. Laporan Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada 1965 merumuskan kesan ini: “Sektor awam yang telah bertumbuh sejak Perang Dunia Kedua, oleh kerana perbelanjaan pertahanan yang besar, telah memberikan pertahanan tambahan terhadap kemerosotan, kerana sektor ini tidak sensitif kepada kemerosotan dalam sektor swasta dan memberikan sesuatu pertahanan atau roda imbangan dalam ekonomi” (huruf condong oleh saya).

Menulis semasa kemerosotan tahun 1930-an, ahli ekonomi Keynes mencadangkan, secara sindiran, ubat bagi keadaan tersebut: “Jika Perbendaharaan memenuhi botol-botol lama dengan duit kertas, kebumikannya pada paras dalam di lombong-lombong arang yang tidak lagi digunakan, yang kemudiannya diisi sehingga permukaan dengan kotoran bandar, dan biarkannya kepada perusahaan swasta pada prinsip-prinsip laissez-faire untuk menggali duit kertas itu semula (setelah hak untuk berbuat sedemikian dimohon dengan tawar-menawar untuk kebenaran dari negara yang memiliki duit kertas tersebut), maka pengangguran akan dibasmikan dan, dengan bantuan akibat-akibat, pendapatan benar masyarakat, dan kekayaan kapital masyarakat itu juga, mungkin akan menjadi lebih besar daripada sekarang.”

Inilah apa yang telah berlaku. Perbelanjaan ketenteraan adalah sejajar, dari pandangan ekonomi, dengan perlombongan duit kertas yang telah dikebumikan. Ekonomi persenjataan berterusan adalah Keynesianisme yang diamalkan secara praktis. Tetapi mengapa perbelanjaan ketenteraan? Keynes sendiri mengulas: “Sememangnya, ia adalah lebih waras untuk membina rumah-rumah dan sebagainya.” Apakah yang menghalang penggantian pengeluaran persenjataan yang tidak waras dan merbahaya dengan perbelanjaan yang berguna secara sosial? Mengapa kita tidak membasmikan kemiskinan?

Terdapat bebarapa sebab. Report From Iron Mountain yang terkenal menekan satu sebab: “Sebagai penggantian ekonomi bagi peperangan, ia tidak mencukupi kerana ia terlalu murah… rancangan maksimum yang dapat diamalkan secara fizikal… dapar mendekati tahap perbelanajaan ketenteraan hanya buat seketika… dalam pendapat kami, kurang daripada 10 tahun. Meskipun itu, dalam masa pendek ini, matlamat-matlamat utama rancangan tersebut akan dicapai. Fasa pelaburan kapital-nya akan dicapai.” Terdapat kesusahan yang lebih asas lagi. Pengeluaran di bawah kapitalisme adalah pengeluaran bagi keuntungan oleh perusahaan-perusahaan yang bersaing. Jika beberapa perusahaan lebih dibebankan dengan “perbelanjaan sosial” daripada yang lain, mereka akan berada pada kelemahan persaingan.

Kebaikan besar perbelanjaan persenjataan dari pandangan kapitalis adalah bahawa ia memaksa perbelanjaan yang serupa pada pesaing-pesaing. “Kesama-rataan pengorbanan” kasar ditekankan oleh perlumbaan persenjataan sendiri. Ia tidak pernah melibatkan lebih daripada kesama-rataan kasar. “Di negara-negara kapitalisme barat, perbelanjaan ketenteraan… telah meliputi… sebagai sebahagian daripada pembentukan kapital tetap dari hampir 60 peratus di Amerika Syarikat sehingga 12 peratus di Norway (42 peratus di Britain).”

Perbezaan benar adalah kurang daripada yang dicadangkan oleh perangkaan di atas kerana kegunaan dolar sebagai matawang antarabangsa telah membolehkan Amerika Syarikat untuk mengekalkan keseimbangan hutang yang hampir berterusan: iaitu, seluruh dunia telah memberikan Amerika Syarikat pembiayaan yang hampir berterusan. Namun, ketidak-samarataan beban persenjataan adalah masalah yang semakin membesar. Industri Jepun, misalnya, telah berkembang dengan pesat semasa pertumbuhan persenjataan – dengan lebih sejajar berbanding dengan industri Amerika Syarikat atau Britain – kerana ia menikmati kebaikan pertumbuhan tersebut tanpa perlu mendukung sebahagian besar daripada kos pertumbunan itu. Ini merupakan salah satu faktor yang kini melemahkan kestabilan berpanjangan.

Satu faktor lagi adalah pengeluaran ketenteraan yang semakin bersifat kapital-intensif. Pengeluaran kereta kebal memerlukan kapital yang banyak serta tenaga pekerja mahir dan separuh mahir. Pengeluaran peluru berpandu antara benua memerlukan kapital yang sangat besar serta tenaga pekerja sangat mahir. Maka, peningkatan dalam pengangguran yang merayap di seluruh Dunia Barat. Roda imbangan sedang terhuyung-hayang.

Namun, peningkatan pengangguran ini berlaku seiringan dengan inflasi yang semakin bertumbuh. Sesuatu tahap inflasi tidak dapat dielakkan di bawah kapitalisme monopoli dalam ketidak-hadiran kemerosotan besar. Dari akhir tahun 1940-an sehingga hujung tahun 1960-an, harga barangan telah meningkat di seluruh Dunia Barat dengan purata 2 hingga 3 peratus setahun. Tuntutan tunggi bagi kuasa tenaga pekerja sudah pasti menaikkan lagi harga dan gaji dan peningkatan-peningkatan ini dialihkan lagi – atau lebih kurang dialihkan.

Apa yang sedang berlaku sekarang adalah agak baru. Harga-harag sedang meningkat pada kadar luar biasa dan pada masa yang sama, tuntutan bagi kuasa tenaga pekerja sedang merosot. Sebagahgian daripada penjelasan bagi ini adalah Rancangan Peluru Berpandu Anti-Balistik Amerika Syarikat, iaitu rancangan persenjataan yang paling mahal dalam sejarah, yang kini sedang menyebarkan tekanan inflasi ke seluruh sistem dengan mewujudkan tuntutan bagi jenis-jenis bahan tertentu tanpa membuat tuntutan seiringan bagi tenaga pekerja.

Satu lagi punca ketidak-stabilan adalah pertumbuhan perusahaan-perusahaan multinasional gergasi yang dapat memindahkan sumber-sumber dari satu negara ke negara yang lain. Kebiasaannya adalah untuk memusatkan akumulasi kapital di beberapa kawasan yang sangat maju – memberikan tekanan ke atas selanjutnya kepada inflasi, sambil merosotkan kemajuan di tempat-tempat lain – lalu memberikan tekanan ke atas bagi pengangguran. Perkembangan sistem kredit tanpa kawalan – pasaran matawang Euro – adalah satu lagi kuasa yang sedang melemahkan dasat kestabilan kapitalis Barat.

Sejarah tidak berulang dengan sempurna. Tahun 1929 tidak akan berulang lagi. Namun, ketidak-stabilan sistem kapitalis sedang menekan dirinya semula. Kestabilan lama sedang berakhir.*[1]

 

XII. Idea-idea: bagaimana kelas pemerintah mengekalkan genggamannya

Zikir terkenal dari abad ke-19, iaitu All Things Bright and Beautiful, yang masih dinyanyikan di sekolah, mengandungi barisan, “Orang kaya di istananya, orang miskin di pagarnya, Tuhan memberikan setiap satu kedudukannya dan menyusunkan duniawi.”

Hanya beberapa orang masih percaya akan penghematan kedewaan seperti itu pada hari ini, sekurang-kurangnya bukan di negara-negara perindustrian. Dan namun, di Britain pada tahun 1970, berjuta-juta orang pekerja mengundi untuk Parti Konservatif.

Ini bukannya akibat luarbiasa. Di sebuah negara dengan hak mengundi bebas, di mana 80 peratus daripada kelas pekerja terdiri daripada pekerja buruh dan kolar putih (menurut banci tahun 1961), pihak Konservatif telah berada dalam kuasa selama 34 daripada 50 tahun yang lalu. Parti Konservatif wujud untuk mengawal dan meluaskan kepentingan-kepentingan 10 peratus daripada penduduk itu yang memiliki 80 peratus daripada kesemua harta swasta. Bagaimanakah sebuah parti seperti itu dapat memenangi pilihanraya? Jawapannya adalah jelas pada satu tahap. Berjuta-juta orang tidak memahami kepentingan mereka sendiri. Mereka mempunyai gambar yang salah mengenai masyarakat mereka.

Apa yang perlu dijelaskan adalah mengapa ini berlaku. Teka-teki pekerja Konservatif hanyalah sebahagian daripada masalahnya. Sebahagian yang lebih besar daripada kelas pekerja biasanya mengundi bagi Parti Buruh dan mengundi bagi sebuah bagi yang telah membuktikan, dalam amalannya, bahawa ia terlalu setia kepada pengekalan sistem kapitalis, kepada keistimewaan ketidak-samarataan. Dan walaupun kebanyakan orang mungkin tidak akan mengatakannya, mereka memahami dengan baik bahawa tidak terdapatnya perbezaan asas di antara parti-parti ini.

Ini bukannya masalah baru. Sepanjang sejarah, masyarakat-masyarakat telah ditadbir demi kepentingan-kepentingan golongan kaya dan rakyat jetala telah dipkasa untuk menerima keadaan ini bagi kebanyakan masa. Dipaksa adalah kata operatif di sini. Kelas-kelas pemerintah sentiasa mempunyai askar dan polis dalam perkhidmatan bagi mereka. Tanpa mereka, iaiti tanpa keganasan nyata atau potensi, mereka tidak dapat memerintah sama sekali. Tetapi, kecuali pada masa-masa krisis mendalam, keganasan adalah kurang penting daripada pemaksaan.

Bagi masyarakat kelas untuk wujud, pemerintah dan mereka yang diperintah mesti mempunyai pandangan dunia yang memunasabahkan keadaan yang sedia ada atau mengajukannya sebagai satu-satunya jenis susunan yang mungkin. Mereka mesti mempunyai apa yang Marx menamakan ideologi. Sesuatu ideologi bukan sahaja adalah kepercayaan silap. Ia adalah seluruh sistem idea-idea yang mengambil kira pelbagai fakta tetapi yang menunjukkan hubungan di antara fakta-fakta tersebut dalam cahaya yang silap. Marx menghuraikan ideologi sebagai “kesedaran silap.”

Ia adalah mustahil bagi kelas atasan untuk memerintah rakyat helata bagi masa yang lama kecuali jika bahagian-bahagian lain dalam masyarakat mempunyai kesedaran silap. Lebih-lebih lagi, pemerintah sendiri memerlukan sesuatu ideologi. Apabila mereka telah kehilangan kepercayaan dalam kesesuaian unik mereka untuk memerintah, mereka menjadi sangseng – seperti kumpulan Batista di Kuba – dan mereka berada pada jalan menuju kehancuran.

Sehingga baru-baru ini, kebanyakan ideologi telah mengambil bentuk agama. Pelbagai jenis agama Kristian adalah dikenali baik oleh kami dan ia adalah mudah untuk mengkaji agama Kristian untuk mendapat idea mengenai ciri-ciri ideologi secara umum. Pertama sekali, fakta-fakta dan hubungannya. Menurut Buku Genesis, “Tuhan menciptakan manusia mengikut imej-Nya sendiri.” Manusia dan Tuhan (dalam kesedaran manusia) merupakan fakta. Namun, hubungan di antara mereka adalah terbalik. Manusia menciptakan Tuhan mengikut imejnya sendiri dan dengan semulajadi, konsep dewa berubah apabila keadaan-keadaan sosial berubah. Dalam Kitab Suci, dia berubah dari Yahweh, iaitu mahaketua puak yang zalim menjadi Tuhan Kita, iaiti pemerintah makakuasa dan baik hati ke atas Syurga dan Duniawi – yang seripa dengan Maharaja Rome yang berkuasa tetapi tidak begitu baik hati.

Maharaja adalah terpencil dan tidak dapat didekati. Ia adalah ejen-ejen tempatan yang perlu dirasuahi atau dipaksa berkenaan dengan perihal seharian. Dan maka Tuhan Kristian dikelilingi oleh pelbagai wali dan mereka yang mati syahid lalu menjadi objek sembahyang dan pemujaan.

Seluruh konsep ini sememangnya adalah silap, tetapi ia bukan sahaja fantasi semata-mata. Ia adalah sejajar, dengan cara yang terpesong, dengan dunia sebenar yang didiami oleh agama. Ia juga adalah, seperti dengan setiap ideologi lain, sistem rumit dan bercanggah yang mengandungi pelbagai jenis pendapat yang lain. Marx seringkali dipetik sebagai mengatakan, “Agama adalah candu rakyat.” Apa yang dia mengatakan sebenarnya adalah lebih rumit. “Agama adalah keluhan makhluk yang ditinfas, hati dalam dunia yang tidak berhati, semangat keadaan-keadaan tidak bersemangat. Ia adalah candu rakyat.”

Maka, kita mempunyai, dalam satu tangan, “Kemukakan pada Caeser benda-benda yang dimiliki Caesar,” tetapi, dalam tangan sebelah, “Jangan sibukkan diri anda dengan kekayaan di duniawi, di mana kupu-kupu dan karat merosakkan… Anda tidak dapat melayani Tuhan dan orang yang tersangat kaya.”

Kita diberitahu bahawa “Akhirat saya bukanlah dunia ini” dan pada sama yang sama, “Dan sekali lagi, saya mengatakan kepada anda, ia adalah lebih senang bagi unta memasuki mata jarum, daripada orang kaya memasuki akhirat Tuhan.” Golongan miskin didesak untuk menaklukkan diri mereka kepada kesusahan dunia ini tetapi dijanjikan – “Diberkatinya anda yang miskin” – gantirugi di dunia akhirat.

Ia adalah senang pada hari ini, dalam dunia saintifik, untuk memperkecil-kecilkan kuasa dan kedegilan ideologi keagamaan pada masa yang lalu. Ia memberikan penjelasan mengenai fungsi duniawi, sagu hati bagi rakyat jelata, kemunabahan bagi pemerintah-pemerintah, kehiburan, cara-cara kelakuan dan tujuan kehidupan. Ia sedang meninggal dunia dengan perlahan-lahan di pusat-pusat perindustrian dalam 150 tahun yang lalu, tetapi masih jauh dari kepupusan.

Ideologi sekular sedikit sebanyak telah menggantikan agama sebagai ‘pandangan dunia’ yang mantap di dunia perindustrian, malah di kalangan kebanyakan orang yang mempunyai hubungan dengan gereja. Yang paling penting daripada ini – patriotisme dan ‘demokrasi’ – telah diajukan oleh media massa dan sistem pendidikan. Namun, ia bukan hanyalah sistem-sistem idea yang telah dihasilkan oleh akaliah-akaliah kelas pemerintah bagi rakyat jelata. Ianya menimbulkan talun dalam kesedaran kelas pekerja kerana ia mengandungi beberapa fakta pengalaman seharian.

XIII. “Pekerja-pekerja tamak”

Encik Anthony Barber telah mengatakan baru-baru ini bahawa “Kita tidak dapat membiarkan kesatuan-kesatuan pekerja untuk menebus negara.” Tetapi apakah itu ‘negara’? Pekerja-pekerja kenderaan, pengutip sampah, pelombong-pelombong, pekerja-pekerja tenaga elektrik dan pekerja pos dengan keluarga-keluarga mereka mungkin sebahagian daripadanya. Sebenarnya, mereka dengan pekerja-pekerja lain dalam industri-industri dan bidang-bidang lain serta keluarga mereka, merupakan majoriti orang di Britain. Adakah mereka sedang menebus diri mereka sendiri?

Sememangnya, Encik Barber, yang telah menunjukkan sikap tidak prihatin terdapat golongan sakit dan miskin dalam Belanjawan baru-baru ini, ingin memberikan gambaran bahawa kumpulan-kumpulan pekerja yang tamah sedang menggunakan kekuatan mereka untuk mendapat gaji yang tersangat tinggi tanpa menghiraukan golongan tua, sakit, janda, anak yatim dan orang kurang bernasib baik yang lain.

Realitinya sangat berbeza. Ia merupakan ahli Konservatif, Disraeli, yang menggunakan ungkapan “Dua Negara” untuk menghuraikan golongan kaya dan rakyat jelata yang lain. Pihak Konservatif pada hari ini lebih terbuka bahawa dua negara itu masih merupakan fakta. Hampir 10 peratus daripada penduduk memiliki 80 peratus daripada kesemua harta swasta. Hampir 10 peratus berada dalam keadaan sederhana. Golongan kaya menguasai segala permilikan harta di Britain.

Profesor J. E. Meade menunjukkan, dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1964, bahawa 5 peratus daripada penduduk yang paling kaya memiliki 75 peratus daripada segala kekayaan swasta pada tahun 1960. Jika kita mengambil pemegangan saham, iaitu punca pendapatan yang tidak diganjar, kita mendapati bahawa 1 peratus daripada penduduk memiliki 80 peratus daripada kesemua kapital saham dan saham yang lain dimiliki oleh 9 peratus daripada penduduk.

Sebagaimana dengan permilikan harta, begitu juga dengan pendapatan. Pihak Marxsis membezakan di antara harta peribadi – pakaian, kereta – yang tidak menghasilkan pendapatan dan harta dalam cara-cara pengeluaran (pada hari ini biasanya dalam bentuk saham) yang menghasilkan pendapatan. Segala kekayaan dihasilkan oleh kerja. Saham adalah dokumen sah bagi sebahagian daripada kekayaan yang dihasilkan oleh orang lain – iaitu para pekerja. Kepentingan-kepentingan kelas yang menghasilkan kekayaan, kelas pekerja, dan kelas yang memiliki nilai lebih, kelas kapitalis, adalah bertentangan dengan satu sama lain. Jika para pekerja secara kolektif mendapat bahagian yang lebih besar daripada apa yang dihasilkan, maka pihak kapitalis mendapat bahagian yang lebih kecil, dan sebaliknya.

Maka, kepentingan ‘kebangsaan’ adalah palsu. Hanya terdapatnya kepentingan kelas. Kepentingan-kepentingan sejati kelas pekerja di Britain adalah sama dengan kepentingan para pekerja di Jerman, Jepun atau Amerika Syarikat. Ungkapan “Para pekerja sedunia, bersatulah!” meluahkan realisi kepentingan-kepentingan bersama dan keperluan bagi pekerja untuk menyedari dan bertindak dengan kepentingan-kepentingan bersama tersebut untuk membebaskan diri mereka dan seluruh umat manusia.

Nasionalisme adalah ideologi palsu, sesuatu kesedaran silap yang membolehkan kelas pemerintah untuk menguasai orang yang mereka mengeksploitasi. Tetapi seperti dengan kesemua ideologi yang berpengaruh, ia mengandungi beberapa fakta. Perbezaan kebangsaan dalam bahasa, dalam sejarah, dalam budaya, dan sebagainya, adalah fakta. Begitu juga dengan perbezaan dalam taraf kehidupan di negara-negara yang berlainan. Ia adalah fakta-fakta yang tidak dapat dinafikan ini yang membolehken “industri-industri penggubah pendapat” yang dikuasai oleh kelas pemerintah – pendidikan, television, radio, media massa dalam sebagainya – untuk menggunakan perbezaan-perbezaan ini agar kelas pemerintah dalam membahagi dan memerintah.

Namun, pihak sosialis tidak dapat menganggap kesemua jenis nasionalisme sebagai sesuatu yang reaksioner. Terdapat perbezaan di dunia di antara nasionalisme sebuah negara kolonial atau separuh kolonial, di mana para pekerjanya sangat dieksploitasi, dan nasionalisme sebuah kuasa imperialis seperti Britain. Hak semua orang kepada penentuan sendiri perlu disedari. “Sebuah negara,” menulis Marx, “yang menindas negara yang tidak dapat menjadi bebas.” Racun idea-idea imperialis, di mana rasisme adalah yang paling kejam, membantu untuk melumpuhkan para pekerja di negara-negara imperialis dalam perjuangan-perjuangan mereka sendiri.

Rakyat Kepulauan Britain mempunyai tradisi-tradisi kebangsaan tulin: tradisi-tradisi – untuk melintasi revolusi perindustrian – Jakobin Inggeris dan Scotland, Cartis, perintis perucapan bebas dan kesatuan pekerja, pejuang-pejuang berani demi republikanisme Ireland. Perjuangan demi demokrasi adalah penting kepada tradisi kita. Setiap hak demokrasi yang kita menikmati pada hari ini, perucapan bebas, hak menjadi ahli kesatuan pekerja, malah hak untuk menentang agama kerajaan, telah dimenangi oleh para pekerja berhadapan dengan tentangan ganas dari kelas pemerintah. Pengorbanan-pengorbanan besar diperlukan untuk mencapainya dan pengorbanan-pengorbanan besar akan diperlukan untuk mempertahankan dan meluaskannya. Tidak terdapatnta kejayaan yang kurang daripada sosialisme. Kita tidak mempunyai demokrasi di Britain pada hari ini walaupun kita mempunyai hak-hak demokrasi yang sangat penting.

Pada suatu masa dahulu, perjuangan demi hak mengundi merupakan isu penting dan ramai orang berpendapat bahawa jika ia dimenangi, ia akan memusnahkan pemerintahan dan pengeksploitasian kelas pemerintah. Bronterre O’Brien, seorang pemimpin Cartis, mengatakan: “Hak mengundi bebas bermaka kekuasaan sepenuhnya, oleh semua orang, ke atas undang-undang, dan pertubuhan-pertubuhan di negara… Hak mengundi bebas akan menggantikan perundangan dan parlimen dan akibatnya, kegunaan kuasa-kuasa tentera dan polis dalam tangan seluruh rakyat.” Hak mengundi raktay sebenarnya dimenangi pada tahun 1928. Ia mempunyai nilai terhad, jika benar. Ia belum mencapai apa yang diharapkan oleh pihak Cartis dan sebabnya mengambil kita ke hati masalah ideologi. Bentuk-bentuk pemerintahan demokratik adalah sejajar dengan realiti pemerintahan oleh sebuah kelas pemerintah kecil, dengan satu syarat.

Syaratnya adalah supaya rakyat jelata mempunyai pandangan dunia yang silap dan, terutamanya, supaya kelas pekerja belum lagi menjadi apa yang Marx memanggil “sebuah kelas bagi dirinya sendiri.” Dalam erti kata lain, ia belum lagi memahami kepentingan-kepentingan objektif dan melihat masyarakat melalui cermin mata ideologi kelas pemerintah, ‘kepentingan kebangsaan’ dan sebagainya.

Keadaan ini tidak dapat diubah dengan pendidikan dan propaganda sahaja, walaupun ini adalah penting. Ia hanya dapat diubah dengan aktiviti, dengan perjuangan sejati demi matlamat-matlamat yang menghasilkan pendidikan sendiri. Dalam kata-kata Marx, “Kebetulan mengubah keadaan-keadaan dan aktiviti manusia hanya dapat dilihat dan difahami dengan rasional sebagai amalan revolusioner.”

XIV. ‘Kepentingan awam’: habuk dalam mata pekerja

“Negara tidak mampu.” Ini dapat dikenakan pada apa-apa dari susu percuma bagi kanak-kanak di sekolah sehingga gaji yang baik bagi pekerja pos. Sesebuah ‘negara’ adalah, secara tegas, sesuatu perluahan geografi. Sememangnya orang yang berucap sebegini tidak bermaksud bahawa “sesuatu koleksi kepulauan di Lautan Utara tidak mampu.” Jika ditekankan, mereka mungkin akan mengaku bahawa apa yang mereka bermakna adalah bahawa “orang yang hidup di kepulauan ini tidak mampu.” Dikatakan sebegitu, kenyataan tersebut menjadi lebih lemah kerana ia adalah jelas bahawa kita sedang berbincang mengenai cara untuk membahagikan pendapatan yang ada di kalangan rakyat. Tipu-helahnya adalah untuk memberikan wajah bahawa terdapat sesuatu yang dinamakan ‘negara,’ yang adalah berbeza daripada orang yang menetap di sana.

Kata-kata seperti ‘ekonomi,’ ‘matawang’ dan ‘kepentingan awam’ digunakan dalam cara yang sama. Hasratnya adalah untuk menghabukkan pandangan rakyat dan menghalang mereka berfikir mengenai isu-isu sebenar. Ia seringkali berfungsi dengan baik. Kata-kata dapat menjadi senjata dan jika orang dapat dipaksa berfikir dari segi kata-kata abstrak ini, ia adalah lebih mudah untuk memperdayakan mereka. Marx memanggil jenis pemikiran ini ‘fetishisme.’ Sesuatu fetish, menurut kamus Oxford, adalah “sesuatu objek tidak hidup yang dipuja oleh kaum liar sebagai mempunyai kuasa-kuasa ajaib atau mempunyai sesuatu roh.” Rakyat peribumi di Afrika Barat pernah membuat patung-patung binatang yang luarbiasa dengan kayu, yang mereka percaya mempunyai minda dan kuasa tersendiri.

Ilusi-ilusi seperti ini tidak terhad kepada rakyat peribumi. Ia adalah sebahagian penting daripada ideologi kapitalis. Untuk memuja sesuatu yang dinamakan “kekuatan matawang” adalah serupa dengan memuja buaya yang berkepala monyet. Fetishisme bermakna menganggap bahawa benda-benda mempunyai kepentingan tersendiri dan bahawa masyarakat dapat dilihat secara umumnya sebagai hubungan di antara orang dan benda dan bukannya di antara orang dan orang. “Di kawasan-kawasan dunia keagamaan yang diseliputi kabus… hasil-hasil otak manusia muncul sebagai makhluk-makhluk bebas yang diberikan kehidupan, dan memasuki hubungan di antara satu sama lain dan dengan umat manusia,” menulis Marx. “Begitu juga dalam dunia komoditi-komoditi dengan hasil-hasil tangan manusia. Ini saya memanggil Fetishisme…”

“Kekuatan matawang” adalah contoh baik sesuatu fetish moden. Apakah yang ini bermakna? Tanya seorang ahli ekonomi dan anda akan diberitahu bahawa jika sesuatu matawang (misalnya sterling) adalah kuat, orang akan lebih selesa memegangnya daripada matawang yang lain (misalnya dolar). Tetapi orang mana dan mengapa? Jelasnya bukan para pekerja di negara ini. Sebenarnya, kebanyakan kedai dan tempat riadat tidak akan menerima dolar, jadi tanpa mengira jika sterling adalah lemah atau kuat, kebanyakan daripada kita perlu ‘memegang’ dan menggunakannya. Ahli ekonomi itu mungkin akan mengetepikan bantahan ini sebagai tidak penting. ‘Orang’ yang dia memikirkan, dia akan menjelaskan, adalah pemilik-pemilik bank, broker-broker dan ahli-ahli spekulasi matawang antarabanga.

Mereka ini bukanlah kumpulan yang sangat besar. Mengapakah pilihan-pilihan mereka begitu penting. Jika ahli ekonomi itu sangat sabar, dia akan memberitahu kita bahawa jika pemilik-pemilik bank dan ahli-ahli spekulasi ini berpendapat bahawa sterling bukannya “matawang yang kuat” mereka akan mengubah pemegangan mereka menjadi dolar atau frank Switzerland dan ini akan “menggolakkan imbangan bayaran kita.” Pendek kata, kumpulan ini mempunyai kuasa yang tersangat kuat. Tetapi ia bukanlah kuasa ke atas kertas atau tulisan dalam buku akaun bank. Ia adalah kuasa ke atas orang lain, khususnya, para pekerja. Kertas dan tulisan itu hanyalah tanda-tanda kuasa.

Setelah itu, kita sudah berada pada jalan untuk bertanya mengapa para pekerja di negara ini atau mana-mana negara lain patut menerima keadaan ini, di mana beberapa ahli spekulasi dapat meluahkan kuasa yang tersangat kuat. Ia bukanlah soalan yang senang bagi golongan kaya, dan adalah mengapa media massa mengutarakan pelbagai fetish seperti “kekuatan matawang.” Baru-baru ini, sesuatu akhbar harian telah mengajukan tajuk berita berikut, “Sterling Tidak Pernah Sebegini Kuat” dan satu lagi mengatakan, “Tuntutan Gaji Mengancam Ekonomi”!

Seorang ahli sains politik pernah menghuraikan politik sebagai “Siapa yang mendapat apa, bila dan bagaimana.” Ia adalah cara yang baik untuk menghuraikan ekonomi juga. Setiap masalah ekonomi sebenarnya adalah mengenai hubungan di antara orang, orang yang bekerja dan orang yang merangkul keuntungan tanpa bekerja. Tugas media massa, dan kebanyakan ‘pendidikan’ dari sekolah dan selepas itu, adalah untuk menghalang orang daripada melihat fakta jelas ini. Dalam kata-kata penyair Inggeris revolusioner, Shelley: “Di sekeliling muka anda, sarang penipuan telah direka.”

Terdapat batasan pada kuasa media massa. Ia adalah agak mudah bagi mereka untuk memperdayakan kebanyakan hadirin mereka bahawa pemerintah Bongoland adalah kejam lagi zalim, walaupun ini mungkin tidak benar. Bongoland sangatlah jauh. Ia adalah sangat susah bagi mereka untuk memaksa orang ramai untuk mengetepikan fakta-fakta dalam pengalaman mereka sendiri. Propaganda yang berjaya – “hubungan awam” adalah ungkapan yang kini digemari – adalah didasarkan pada beberapa fakta yang diketahui oleh hadirin. Ini kemudiannya disesuaikan dengan cerita yang syarikat atau kerajaan ingin orang ramai percaya. Jumlah duit yang besar dibelanjakan untuk ‘kajian sikap’ bagi sebab ini.

Sikap-sikap bukanlah tetap dan tidak dapat diubah. Orang ramai biasanya dipengaruhi oleh pendapat-pendapat kumpulan yang mereka bekerja dengan. Peranan pihak militan sangatlah penting dalam memperkembangkan tentangan terdapat tipu-helah media massa. Secara kebetulan, inilah mengapa kaum perempuan, diambil secara menyeluruh, adalah lebih konservatif daripada kaum lelaki. Sebahagian besar daripada mereka terpulau dari kumpulan-kumpulan bekerja dan maka senang dipengaruhi oleh penggubah pendapat. Ia tidak mempunyai kaitan dengan jantina.

Aktiviti adalah faktor paling penting dalam mengubah kesedaran. Dalam mengubah dunia, manusia dapat mengubah diri sendiri. Orang ramai bukanlah peralatan pasif seperti radio. Tindakan dan pemikiran mereka adalah aspek-aspek dalam proses yang sama. Pemikiran mempengaruhi tindakan tetapi tindakan juga mempengaruhi pemikiran. Fetishisme dan ideologi dapat diatasi dengan gabungan aktiviti dan idea-idea sosialis.

XV. Revolusi Eropah dikalahkan

Pada 4hb Ogos 1914, peperangan yang sudah diramalkan di antara kuasa-kuasa imperialis meletus. Ia merupakan peperangan bagi kawasan-kawasan jajahn, bagi ‘sfera-sfera pengaruh,’ bagi pasaran, pendek kata bagi keuntungan. Peperangan itu menghancurkan gerakan sosialis antarabangsa. Pemimpin-pemimpin parti-parti demokrasi sosial telah melupai Marxsisme dan internasionalisme dan ditakluki oleh kerajaan-kerajaan ‘mereka sendiri.’

Empat tahun sebelum itu, semasa Kongres Sosialis Antarabangsa di Copenhagen, mereka telah meluluskan resolusi yang mengatakan bahawa ia adalah tugas pihak sosialis untuk menghalang letusan peperangan dengan apa-apa cara tetapi “jika peperangan meletus, tugas mereka adalah untuk campur tangan dan membawa pengakhiran peperangan, ditanduskan dengan segala tenaga mereka untuk menggunakan krisis politik dan ekonomi yang diwujudkan oleh peperangan untuk membangkitkan rakyat jelata dari tidur mereka, dan untuk melajukan penumbangan kekuasaan kapitalis.” Sebaliknya, mereka telah memasuki kerajaan-kerajaan gabungan untuk membantu usaha peperangan.

Sebenarnya, penganiayaan tidak berlaku dengan tiba-tiba. Selama beberapa tahun, kepimpinan demokrasi sosial telah menyesuaikan diri mereka kepada imperialisme dan politik parlimen. Mereka terus berucap mengenai perang kelas semasa perhimpunan Hari Pekerja tetapi amalan politik seharian mereka bersifat reformis sepenuh-penuhnya. Kemungkinan jalan-jalan damai dan perundangan menuju sosialisme seolah-olah terbuka. Ia menuju ke pembunuhan zalim semasa Perang Dunia Pertama.

Di kesemua negara, gerakan itu terpisah di antara pihak yang terpesong dan pihak internasionalis dan, sambil peperangan berlanjutan, tentangan revolusioner mula bertumbuh. Ia adalah di Rusia di mana letusan itu berlaki. Pada bulan Februari 1917, permogokan umum dan demonstrasi oleh pekerja di Petrograd telah menumbangkan pemerintah Tsar. Lapan bulan selepas itu, sebuah parti kelas pekerja revolusioner telah mengetepikan ‘Kerajaan Sementara’ pro-peperangan dan telah merampas kuasa.

Revolusi Rusia merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah gerakan pekerja. Semua peristiwa lain yang telah berlaku sejak itu telah dipengaruhi olehnya, seringkali dengan mendalam. Tidak seseorang pun dapat memahami dunia hari ini tanpa memahami revolusi tersebut dan hasilnya.

Rusia pada masa revolusi tersebut merupakan sebuah negara mundur, sebuah negara dengan dasar perindustrian lemah dan kelas pekerja yang agak kecil – lebih kurang lima juta pekerja dari jumlah penduduk seramai 160 juta pada tahun 1914. Dasar materialis bagi sosialisme – industri maju dan produktiviti tenaga pekerja tinggi – tidak wujud di Rusia. Ia masih tidak wujdu selepas beberapa tahun peperangan, perang saudara, pemulauan dan campur tangan antarabangsa. Tentera-tentera dari 14 negara kapitalis – termasuk Britain – bertempur bersama dengan jeneral-jeneral Tsaris untuk menumbangkan revolusi tersebut. Mereka telah dikalahkan. Revolusi ini berjaya tetapi dengan harga yang tinggi.

Industri negara itu, yang sudah berada dalam keadaan lemah, hampir dimusnagkan dan kelas pekerja dilesapkan. Menjelang tahun 1921, jumlah pekerja perindustrian di Rusia telah jatuh ke 1¼ juta. Petrograd telah kehilangan 57.5 peratus daripada jumlah penduduknya. Pemimpin-pemimpin komunis tidak pernah percaya bahawa mereka dapat membina sosialisme di Rusia yang terpulau. Lenin telah mengatakan pada tahun 1918: “Kejayaan mutlak sosialisme di satu negara sahaja tidak dapat difikirkan dan menuntut kerjasama paling aktif dari sekurang-kurangnya beberapa negara maju, tidak termasuk Rusia.” Revolusi Rusia dilihat sebagai sebahagian daripada gerakan revolusioner antarabangsa yang akan mendirikan pemerintahan kelas pekerja di bebarapa negara maju.

Gerakan seperti itu sememangnya telah berlaku. Rejim-rejim Soviet Revolusioner telah didirikan di Hungari, di Bavaria, di Finland dan di Latvia. Kaiser Jerman dan Maharaja Austria telah ditumbangkan. Jerman merupakan pusat utama. Pada bulan November 1918, “kumpulan-kumpulan manusia bersenjata,” yang Engels telah menunjukkan sebagai inti jentera kerajaan, bermula menentang tuan-tuan mereka. “Menjelang 4hb November, perasaan revolusioner di Kiel berada pada tingkat paling tinggi,” menulis seorang ahli sejarah Revolusi Jerman. “Pegawai Tinggi dan pegawai-pegawai tentera laut menyerah diri, sambil beberapa pegawai di kapal serang Koenig dan lain-lain dibunuh. Pihak kelasi telah menjadi tuan keadaan tersebut dan unit-unit tentera darat di kawasan itu bersatu dengan mereka.

“Di Kiel, hanya terdapatnya satu pihak berkuasa – Majlis Pekerja, Kelasi dan Timbalan Askar… Dari Kiel, pemberontakan itu menyebar ke Hamburg dan pada malan 8hb November, ia diketahui di Berlin bahawa ia telah berjaya, dengan hanya sedikit tentangan, di Hanover, Mageburg, Cologne, Munich, Stuttgart, Frankfurt-am-Main, Brunswick, Oldenburg, Wittenburg dan bandar-bandar lain… Pada pukul lapan pagi pada 9hb November, permogokan umum meletus di Berlin sendiri.” Kaiser telah melarikan diri. Para pekerja Jerman, melalui majlis-majlis timbalan mereka, menjumpai diri mereka dalam kuasa.

Tugas mereka menjadi usaha untuk mengukuhkan republik pekerja yang revolusioner lagi demokratik. Sayap kanan demokrasi sosial, yang menguasai blok terbesar wakil-wakil dalam majlis-majlis pekerja, telah berusaha sedaya upaya untuk menghalang ini. Mereka telah menjadi rakan kongsi dengan kelas pemerintah Jerman semasa peperangan. Kini mereka menunjukkan warna sebenar mereka. Mereka berusaha untuk menyelamatkan kapitalisme Jerman. Malah, Ebert, iaitu bakal Presiden demokrasi sosial kepada Republik Weimar, menentang pembasmian keluarga di-raja! Setiap unsur pengaruh yang parti itu dapat mengutarakan digunakan untuk memaksa para pekerja untuk menerima sebuah rejim kapitalis ‘demokratik.’

Usaha itu sudah pasti tidak berjaya jika bukan kerana kekeliruan, kelemahan dan ketakutan sayap kiri pihak demokrasi sosial ‘bebas’ yang telah berpisah dari parti itu pada tahun 1916. Walaupun dalam minoriti dalam negara secara menyeluruh, pihak bebas itu mempunyai tiga daripada enam orang dalam Kerajaan Sementara dan pengaruh penting ke atas pekerja di Berlin. Mereka membiarkan diri mereka untuk diherat oleh sayap kanan. Mereka memberontak tetapi mereka juga memberikan sayap kanan selimut ‘sayap kiri’ yang membolehkan mereka membongkarkan kuasa pekerja dan mendirikan Republik berparlimen.

Hanya Liga Spartakis yang kecil mempertahankan Soviet-Soviet. Mereka pertama sekali dipulaukan, kemudiannya dipaksa menuju kebangkitan bersenjata dengan terlalu awal dan akhirnya dihancurkan oleh kuasa ketenteraan sayap kanan yang dikuasai oleh Noske, seorang demokrat sosial. Kekalahan ini telah memulaukan Republik Soviet Rusia. Kesan-kesan jangka masa panjang dari pemulauan ini sangatlah mendalam.

XVI. Kebangkitan pemerintahan diktator Stalin

Kekalahan Revolusi Jerman pada awal tahun 1919 menekan keperluan bagi sebuah Internasional revolusioner yang mantap dan pemisahan dengan pemimpin-pemimpin ‘bebas’ dan ‘sentris’ yang tidak dapat diharapkan. Internasional Komunis telah mengadakan mesyuarat pengasasan di Moskow pada bulan Mac 1919. Dalam tiga tahun, ia telah mendapat sokongan parti-parti Komunis di Jerman, Perancis, Czekoslovakia dan beberapa negara Eropah yang lebih kecil, pada dasar rancangan internasionalis dan revolusioner.

Malangnya, apabila krisis itu telah berlalu, kapitalisme Eropah berada dalam keadaan stabil sementara dan Soviet-Soviet di luar Rusia telah dihancurkan. Tetapi krisis seterusnya akan, ia diharapkan, menjumpai parti-parti revolusioner kukuh dengan dasar kelas pekerja yang kuat. Namun, Internasional Komunis malangnya dipengaruhi oleh apa yang berlaku di Rusia. Dan menjelang tahun 1921, rejim Soviet Rusia menghadapi keadaan yang sangat tenat. Akibat jangka masa lama dari krisis tersebut memutuskan asa dan akhirnya menghancurkan Internasional serta melumpuhkan gerakan kelas pekerja selama setengah abad.

Pengakhiran perang saudara meninggalkan kerajaan Soviet dalam keadaan terpulau dalam dunia bermusuh dan juga terpulau dari sebahagian besar daripada rakyat Rusia – iaitu petani. Selagi terdapatnya bahaya bahawa pemilik-pemilik tanah Tsaris akan dipulihkan, sebahagian besar daripada golongan petani menyokong pihak Bolshevik. Apabila bahaya ini telah berlalu, mereka mula bermusuh dengan kerajaan yang terpaksa bergantung pada pemaksaan rampasan gandum untuk menyediakan makanan bagi kawasan bandar. “Seluruh sistem itu bergantung pada disiplin parti, pada kebuluran teratur di bandar-bandar, pada rampasa gandum di kawasan desa,” menulis ahli Komunis, Victor Serge. Kebangkitan pihak kelasi di Kronstadt dan, lebih penting lagi, permogokan yang menyokongnya, menunjukkan bahawa rejim tersebut sedang kehilangan sokongan kelas pekerja juga. Ia semakin menjadi pemerintahan diktator bukan ke atas golongan petani tetapi ke atas sisa-sisa kelas pekerja.

Pihak reaksioner memperdebatkan bahawa ini merupakan kesan yang tidak dapat dielakkan daripada “dosa asal” revolusi. Beberapa orang pada sayap kiri memperdebatkan bahawa ia disebabkan oleh kezaliman Lenin dan kewujudan parti yang berdisiplin. Ini adalah karut. Inti perihal ini telah dinyatakan oleh Marx 60 tahun lebih awal. “Jika kelas pekerja menghancurkan pemerintahan politik pihak kapitalis, itu hanya akan menjadi kejayaan sementara… selagi… keadaan-keadaan materialis tidak diciptakan yang memestikan pembasmian cara pengeluaran kapitalis.”

Pada skala Eropah, keadaan-keadaan ini telah diciptakan. Di Rusia sendiri, ia tidak diciptakan. Ini difahami dengan baik oleh pengasas-pengasas gerakan Komunis. Oleh kerana terdapatnya pemesongan kebenaran asas ini, ia adalah penting untuk menekan isu ini. Berucap semasa Kongres Ketiga Internasional Komunis, Lenin berkata: “Ia adalah jelas kepada kami bahawa tanpa bantuan dari revolusi dunia antarabangsa, kejayaan revolusi proletariat adalah mustahil. Malah sebelum revolusi, serta selepasnya, kami berpendapat bahawa revolusi akan berlaku antara dengan serta-merta atau sekurang-kurangnya tidak lama selepas itu di negara-negara mundur yang lain dan di negara-negara kapitalis maju, jika tidak, ia akan dihancurkan. Walaubagaimanapun, kami telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan sistem Soviet, di bawah apa-apa keadaan dan harga, kerana kami sedar bahawa kami bukan sahaja berusaha untuk diri kami, tetapi juga bagi revolusi antarabangsa.”

Malangnya, pemimpin-pemimpin parti demokrasi sosial berjaya, pada tahun 1919, dalam merosakkan apa yang bakal menjadi revolusi berjaya di beberapa negara Eropah. Rejim Soviet – iaitu pemerintah kelas pekerja malalui majlis-majlis pekerja yang diasaskan secara demokratik – sememangnya dihancurkan. Tetapi tidak terdapatnya pemulihan pemilik-pemilik tanah Tsaris dan pihak kapitalis. Sebaliknya, sebuah sistem yang masih memanggil dirinya sebagai ‘Republik Sosialis Soviet,’ tetapi sebenarnya sesuatu pemerintahan diktator mutlak, berkembang di Rusia. Ia adalah mustahil di sini untuk menggariskan pertempuran-pertempuran yang membawa kebangkitan Stalinisme. Rumusan baik ditawarkan dalam risalah Sosialis Antarabangsa, How the Revolution Was Lost [Bagaimana Revolusi Dikalahkan] oleh Chris Harman (lihat Senarai Bacaan). Tetapi kesan perkembangan ini pada Internasional Kedua mengubah seluruh aliran peristiwa-peristiwa di luar Rusia.

Parti-parti Internasional Komunis mengandungi lapisan kelas pekerja yang paling militan. Pada tahun-tahun awal, parti-parti ini sangat jauh daripada ditakluki oleh Moskow. Pada tahun 1923, parti-parti Perancis dan Poland telah membantah serangan-serangan birokrasi Rusia – kumpulan Stalin – pada tentangan Komunis di USSR. Tetapi perasaan revolusioner yang semakin merosot dalam parti-parti Eropah bergantung pada satu-satunya rejim ‘Soviet’ yang masih wujud. Nasihat dari Moskow menjadi punca penting bagi idea-idea politik mereka.

Birokrasi Rusia, yang semakin menguasai eksekutif Internasional, bermula mencamour tangan dalam kehidupan parti-parti tersebut. Telegram-telegram dari eksekutif itu menjadi semakin kerap. Sesuatu gurauan menghuraikan Parti Komunis di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an sebagai “bergantung dengan wayar dari Moskow.” Pihak Stalinis menggunakan perselisihan politik sejati dalam gerakan itu untuk menaikkan pangkat pemimpin-pemimpin bagi siapa keputusan Moskow tidak dapat ditolak. Pemimpin-pemimpin yang lebih bebas dan pihak Marxsis yang lebih serius akhirnya dibunuh.

Polisi-polisi yang Stalin dan sahabat-sahabatnya menekan pada Internasional Kedua ditentukan oleh perjuangan-perjuangan dalam parti Rusia – sehingga tahun 1929 apabila Stalin menjadi ketua tunggal – dan juga oleh keperluan polisi luar negara Rusia.

Pada pertengahan tahun 1920-an, taktik separuh reformis dipupuk dan ia membawa bebepa kekalahan yang mungkin dapat dielakkan. Yang paling menakjubkan adalah kekalahan revolusi Negara Cina pada tahun 1925-1927. Stalin mendesak Parti Komunis untuk ‘bersatu’ dengan pihak Kuomintang – iaitu parti kapitalisme Negara Cina. Pihak Kuomintang ditolak ke dalam kuasa dan pihak Komunis dinasihatkan agar menghalang kebangkitan pekerja dan petani demi ‘perpaduan kebangsaan.’ Malah, Chiang Kai-shek dijadikan ‘ahli terhormat’ dalam eksekutif Internasional!

Hasil pengembaraan ini merupakan penghancuran revolusi Negara Cina dan perwujudan pemerintahan diktator ketenteraan sayap kanan di bawah ‘Komrad’ Chiang Kai-shek. Yang lebih teruk bakal berlaki. Parti Jerman, iaitu parti terbesar dalam Internasional, dengan dengannya seluruh gerakan kelas pekerja Jerman, dibawa menuju kekalahan malapetaka. Akibatnya merupakan kejayaan fasisme di Jerman.

XVII. Liku-liku Stalin

Marxsisme bukanlah teori yang dapat wujud secara asing daripada gerakan pekerja. Ia didasarkan pada perpaduan teori dan amalan. Gerakan Marxsis hanya dapat wujud apabila terdapatnya badan militan kelas pekerja yang sedar akan kedudukan sebenar mereka dalam masyarakat dan aktif dalam perjuangan kelas.

Inilah mengapa takdir Internasional Komunis sangatlah penting. Hampir kesemua unsur terbaik dalam gerakan tersebut telah memasuki Internasional Komunis. Seluruh lapisan pekerja maju, terutamanya di Eropah, telah menjadi ahlinya. Mereka merupakan kuasa hidup yang mendukung tradisi Marxsis. Perubahan beransur-ansur Internasional Komunis dari sebuah Internasional revolusioner menjadi peralatan polisi luar negara Rusia telah menghancurkan lapisan ini dan melumpuhkan gerakan revolusioner selama beberapa dekad. Ia adalah mustahil di sini untuk mengikuti kemerosotan Internasional Komunis secara terperinci. Tiga contoh, setiap satu dari fasa evolusi yang berlainan, adalah mencukupi untuk menggambarkannya.

Jerman pada tahun 1930. Kemerosotan ekonomi sedang melemahkan republik kapitalis berparlimen. Pengangguran mencapai jumlah enam juta orang. Parti Nazi sedang bertumbuh dengan pesat. Semasa pilihanraya pada tahun 1930, Hitler mendapat hampir 6½ juta undi.

Ia merupakan undian kelas-kelas menengah, penduduk desa dan beberapa pekerja yang tidak teratur. Para pekerja yang teratur berdiri dengan kukuh bagi parti-parti pekerja tradisional. Lebih kurang enam juta undian diberikan kepada pihak demokrasi sosial dan lebih 4½ juta kepada pihak komunis. Gejala fasisme yang semakin bertumbuh begitu jelas. Begitu juga dengan keperluan gerakan pekerja untuk bersatu dan menghancurkannya. Malangnya, kepimpinan Internasional, pada masa ini tertakluk sepenuhnya oleh Stalin, tidak berpendapat sebegitu. Berikutan kejayaan Stalin ke atas tentangan yang masih wujud dalam Parti Komunis Rusia pada tahun 1928-1929, Stalin mendesak Internasional Komunis menuju polisi sayap kiri melampau yang melarat.

Inti polisi ‘Zaman Ketiga’ ini merupakan teori ‘fasisme sosial.’ Parti demokrasi sosial – dan juga kesatuan-kesatuan pekerja yang ia menguasai – dihuraikan sebagai pertubuhan-pertubuhan fasis. Menurut Stalin sendiri, “Fasisme adalah pertubuhan ketenteraan borjuasi yang menyandar pada demokrasi sosial bagi sokongan aktif. Maka, demokrasi sosial, secara objektif, adalah sayap sederhana fasisme.” Maka, tidak terdapatnya persoalan untuk menggunakan pergolakan ahli-ahli demokrasi sosial untuk memaksa parti tersebut menjadi ahli barisan bersatu menentang fasisme. Malah, kejayaan Hitler sendiri tidak perlu dirisaukan. “Kami tidak ditakuti oleh orang fasis,” mengatakan pemimpin komunis, Remmele, dalam Reichstag. “Mereka akan menembak selak mereka dengan lebih laju daripada mana-mana kerajaan lain.”

Pada tahun 1932, jumlah undi Hitler meningkat sehingga 14 juta. Namun, demokrasi sosial kekal sebagai musuh utama bagi Parti Komunis. Pada bulan Januari 1933, Hitler menjadi Canselor Jerman. Malah pada masa itu, Parti Komunis bergantung pada teori karut. “Perbincangan mengenai Komunis Jerman yang dikalahkan dan mati secara politik,” kata jurnal rasmi Internasional Komunis pada bulan April, “adalah desas-desus pihak filistin, bagi orang bodoh dan jahil.” Menjelang masa ini, kebanyakan aktivis parti tersebut sudah berada dalam kem tahanan atau dalam penyembunyian! Tetapi keadaan tersebut sedang berubah. Pemerintah-pemerintah di Krelim bermula memahami bahawa kejayaan Hitler sebenarnya merupakan titik perubahan. Oleh kerana itu, Internasional Komunis berpindah ke sayap kanan melampau. Persekutuan-persekutuan dicari bukan sahaja dengan ‘fasis sosial,’ tetapi juga dengan parti-parti ‘anti-fasis’ liberal dan konservatif. ‘Barisan popular’ menjadi agenda seharian. Revolusi telah diketepikan.

Spanyol pada tahun 1936. Sebuah persekutuan parti-parti liberal, demokrasi sosial konservatif sederhana dan komunis telah memenangi pilihanraya umum. Pihak tenteram disokong oleh sayap kanan melampau, memberontak. Pada 17hb Jun, Jeneral Franco mengumumkan misi untuk “menyelamatkan negara.” Pada 19hb Jun, kebangkitan-kebangkitan kelas pekerja, dipimpin oleh pihak anarkis dan sosialis sayap kiri, meletus di bandar-bandar. Di Barcelona, di Madrid, dan pelbagai bandar yang lain, pihak tentera dikalahkan dan militia-militia pekerja mengambil kuasa. Dalam masa seminggu, ia menjadi jelas bahawa terdapatnya dua kuasa benar di Spanyol, iaitu tentera yang setia kepada Franco dan para pekerja teratur.

Dalam keadaan-keadaan ini, Parti Komunis Spanyol – mengikuti garisan Internasional Komunis – berusaha untuk mewujudkan kerajaan gabungan dengan wakil-wakil kapitalis ‘liberal’! Pada tahun 1936, Moskow tidak menginginkan revolusi yang mungkin mengganggu kerajaan Perancis dan Britain. Akhbar seharian Parti Komunis Perancis menerbitkan kenyataan ini: “Parti Komunis Spanyol telah memesan kita untuk memberitahu orang awam bahawa rakyat Spanyol tidak berusaha demi pemerintahan diktator oleh proletariat dan hanya mengenali satu matlamat: pertahanan susunan republik sambil menghornati harta swasta.” Di bawah tekanan dari Rusia, kerajaan republik Spanyol semakin ditolak ke sayap kanan. Pihak demokrasi sosial sayap kiri semakin diketepikan sebagai pihak yang terlalu radikal. Pihak anarkis dan sayap kiri bebas dibunuh.

Stalin tidak menginginkan Spanyol yang menyokong Hitler dan maka persenjataan dan sukarelawan dihantar ke kerajaan republik itu, tetapi dengan syarat mereka mengukuhkan pihak konservatif. Akhirnya, Kolonel Casado, seorang “penyokong republik yang setia” – menteri peperangan terakhir republik itu – mengaturkan rampasan kuasa baru, menggusurkan Parti Komunis dan membuka rundingan dengan Franco.

Moskow pada tahun 1943. Untuk menggembirakan sahabat-sahabat Amerika Syarikat dan Britain, Stalin membasmikan Internasional Komunis secara rasmi. Pemerahan Eropah di antara Timur dan Barat sedang dirancangkan. Sebahagian daripada perjanjian tersebut merupakan jaminan bahawa Parti-Parti Komunis di dunia Barat akan menyokong pemulihan rejim-rejim kapitalis berparlimen. Inilah yang berlaku. Di kebanyakan negara, mereka memasuki kerajaan persekutuan demi ‘perpaduan kebangsaan.’ Di Perancis, di mana Parti Komunis dan Parti Sosialis bersama mendapat lebih dari 50 peratus daripada undi pada tahun 1945, parti-parti tersebut mendesak agar de Gaulle kekal sebagai ketua kerajaan dan agar pihak konservatif Gaullis memasuki kerajaan! Ia sangatlah berbeza dengan keadaan pada tahun 1919.

Pihak militan yang mengikuti parti-parti Komunis secara umumnya merupakan orang yang tulus lagi berdedikasi. Mereka dipimpin dengan salah oleh mitos ‘Tanahair Soviet.’ Stalinisme telah melumpuhkan gerakan Marxsis buat masa yang lama. Hungari, Czekoslovakia dan Poland, serta, dalam cara yang berbeza, Yugoslavia dan Negara Cina, telah memulakan penghancurannya sebagai sesuatu sistem ideologi. Dari penghancuran itu, sebuah gerakan baru akan dilahirkan semula.

XVIII. Satu-satunya jalan ke hadapan: strategi antarabanga

“Bagi penciptaan pada skala besar-besaran kesedaran komunis ini, serta bagi kejayaan matlamat ini sendiri, ia adalah penting bagi manusia sendiri untuk berubah pada skala besar-besaran, dan perubahan ini hanya dapat berlaku dalam gerakan amalan, dalam sesuatu revolusi. Revolusi adalah penting bukan sahaja kerana kelas pemerintah tidak dapat ditumbangkan dalam cara yang lain, tetapi juga kerana hanya dalam revolusi dapatnya kelas yang menumbangkannya melepaskan kotoran yang diakumulasi dari masa lalu dan menjadi mampu untuk membina semula masyarakat” (Marx).

Inilah sebab asas mengapa “jalan parlimen menuju sosialis” sentiasa merupakan jalan mati. Dalam masyarakat kapitalis, kuasa berada dalam tangan pihak majikan dalam perusahaan-perusahaan besar. Mereka tidak dapat diperdayakan untuk melepaskan kuasa itu. Ia perlu dirampas dari mereka. Ini hanya dapat dilakukan oleh para pekerja yang teratur dan sedar akan kedudukan mereka dalam masyarakat dan berkeyakinan untuk membebaskan diri mereka serta seluruh masyarakat, dengan merampas kuasa – kuasa untuk menentukan segala yang mempunyai kesan pada kehidupan mereka – ke dalam tangan mereka sendiri. Dan mereka hanya dapat menjadi mampu untuk mentadbir diri sendiri dalam aliran berjuang deminya. Perlibatan dalam parlimen mungkin merupakan taktik yang berguna. Tetapi ia tidak dapat menggantikan tindakan secara langsung.

Kita mempunyai sedikit pengalaman dengan “jalan parlimen.” Parti-parti demokrasi sosial telah berada dalam parlimen, pada suata masa, di kebanyakan negara kapitalis maju kecuali Jepun dan Amerika Syarikat. Di Britain, kita telah melihat empat kerajaan Parti Buruh. Hasilnya adalah bahawa golongan kaya telah menjadi lebih kaya daripada dahulu dan segala kezaliman kapitalisme – persaingan yang meningkat, pekerjaan yang tidak penting, tipu-helah ke atas rakyat, pengangguran serta produktivivi yang meningkat seiringan, kekayaan yang bertumbuh, pembaziran, pencemaran dan kemiskinan – semakin bermaharajalela. Rasisme adalah berleluasa. Kaum perempuan dieksploitasi dengan melampau – pada bulan April 1974, gaji purata bagi pekerja manual perempuan adalah £23.60 seminggu berbanding dengan £41.90 seminggu bagi kaum lelaki.

Kita “tidak mampu” – atau itulah yang dikatakan oleh pihak majikan dan media massa mereka – perkhidmatan kesihatan yang baik, perumahan yang baik ata perkhidmatan pendidikan yang baik. Sebenarnya, semakin besar pengeluaran, semakin kurang, seolah-olahnya, yang dapat diberikan kepada perkhidmatan sosial asas. Contoh ringkas tetapi penting. Dari tahun 1940 sehingga 1969, susu percuma bagi pelajar-pelajar sekolah merupakan kebiasaan. Kini, dengan pengeluaran yang lebih banyak daripada tahun 1940, ia telah dipotong. Pertama sekali bagi pelajar sekolah menengah oleh kerajaan ‘Buruh’ Harold Wilson, dan kemudiannya bagi pelajar sekolah rendah oleh kerajaan Konservatif Heath.

Begitu juga dengan kesemua perkhidmatan sosial yang lain. Malah mereka sedang mencuba membasmikan kemasukan percuma ke museum dan galeri seni, iaitu sesuatu yang kapitalis semasa pemerintahan Ratu Victoria tidak melakukan! Yang benar mengenai ini adalah bahawa kita sedang bergerak ke belakang dalam bidang demi bidang. Malah ini tidak dapat disalahkan pada kerajaan Konservatif tahun 1970-1974 sahaja. Dalam setiap bidang, dari kemerosotan perumahan awam ke perundangan anti-kesatuan pekerja, kerajaan Buruh tahun 1964-1970 telah membuka jalan dan pihak Konservatif telah mengikut langkah mereka.

Ia tidak berguna untuk menyalahkan ‘pengkhianatan’ ini pada Wilson dan sebagainya. Sememangnya mereka adalah pengkhianat tetapi ini bukanlah masalahnya. Terdapatnya epal reput dalam setiap baldi. Apabila hampir seluruh baldi demokraso sosial kelihatan reput, terdapatnya sebab-sebab yang lebih mendalam. Polisi-polisi reformasi tidak dapat membawa sosialisme. Ia dapat, semasa pertumbuhan persenjataan sedang membunga, membawa beberapa reformasi. Tidak lebih. Segala pencapaian kecil dalam 30 tahun yang lalu kini diancam kerana peralihan asas kapitalisme monopoli sedang menekan dirinya semula. Mana-mana kerajaan yang mencuba mengekalkan sistem tersebut dan pada masa yang sama memperkenalkan reformasi-reformasi benar sudah pasti ditumbangkan. Antara ia tidak memenangi pilihanraya atau reformasi-reformasi itu tidak menjadi nyata.

Sememangnya, reformisme sentiasanya didasarkan pada polisi-polisi ‘kebangsaan’ semata-mata. Ia tidak pernah bersifat realistik tetapi sangatlah tidak bersifat realistik pada hari ini. Kita tidak lagi hidup pada pulau asing lagi. Kita hidup di sebuah dunia di mana cara-cara dan sumber-sumber untuk memberikan kehidupan yang baik bagi semua orang sudah wujud dan di mana separuh penduduk dunia berada pada sempadan kebuluran. Ia adalah dunia ganas di mana dua mahakuasa, Rusia dan Amerika Syarikat, mempunyai di antara mereka senjata-senjata nuklear untuk memusnahkan seluruh dunia berkali-kali.

Ia adalah dunia ketenteraan di mana rampasan kuasa ketenteraan menuju pemerintahan diktator kini merupakan cara paling biasa untuk mengubah kerajaan. Ia adalah dunia yang dicermari, di mana persaingan ekonomi dan ketenteraan mengancam seluruh dunia. Kapitalisme adalah sistem antarabangsa. Perusahaan-perusahaan gergasi mempunyai pelaburan di seluruh dunia dan tidak mempunyai kesetiaan kecuali kepada diri sendiri dan sistem yang membenarkan mereka untuk merompak sumber-sumber dunia. Sebuah pertubuhan sosialis sejati yang tidak berdasarkan strategi antarabangsa dan revolusioner tidak dapat berjaya. Rakyat biasa di merata-rata menginginkan kedamaian, keselamatan, kemerdekaan dari kemelaratan, kehormatan manusia, kehidupan yang baik. Namun, benda-benda ini hanya dapat dicapai oleh pertubuhan kelas pekerja pada skala antarabangsa.

Tidak terdapatnya jalan senang. Marx pernah menulis bahawa “pembebasan kelas mereka mesti menjadi tindakan kelas pekerja sendiri.” Pada hari ini, kita dapat menambah bahawa seluruh masa depan umat manusia bergantung pada kejayaan ini.

Senarai bacaan

Mengenai konsep sejarah materialis

Engels, Historical Materialism, Terbitan Pluto. Risalah pendek ini dengan lebih kurang dua puluh muka surat adalah mengenai perkembangan idea-idea dan hubungannya dengan perjuangan kelas. Bukannya bacaan senang tetapi sangat penting.

Engels, Socialism: Utopian and Scientific. Satu lagi risalah pendek, sebenarnya petikan dari karya Anti-Dühring yang lebih penjang. Ia mengandungi kenyataan klasik bagi unsur-unsur Marxsisme. Bacaan asas.

Marx dan Engels, Communist Manifesto. Bahagian pertama dan kedua adalah yang penting.

Plekhanov, The Materialist Conception of History; The Role of the Individual in History; Fundamental Problems of Marxism. Kesemuanya agak pendek tetapi bukannya senang – dapat diperolehi dalam satu jilid oleh Lawrence & Wishart.

Carr, What is History? Penguin. Garisan panduan separuh Marxsis mengenai masalah-masalah pemahaman. Patut dibaca dengan teliti.

Beberapa sejarah berguna

Childe, What Happened in History, Penguin. Dari zaman baru sehingga Empayar Rome. Keterangan Marxsis yang baik.

Huberman, Man’s Worldly Goods, Monthly Review. Dari Zaman Pertengahan sehingga abad ke-20. Sejarah ekonomi paling baik yang pernah ditulis. Berwaspadalah mengenai kesimpulan Stalinis. Sangat senang untuk dibaca.

Kuczynski, The Rise of the Working Class, Perpustakaan Universiti Dunia. Liberal dan bukannya Marxsis, tetapi berguna. Lukisan-lukisan yang baik.

Thompson, The Making of the English Working Class, Penguin. Panjang tetapi dapat dibaca. Keterangan sangat baik mengenai perjuangan-perjuangan awal.

Miliband, Parliamentary Socialism, Terbitan Merlin. Yang buruk mengenai Parti Buruh.

Cole, The British Working Class Movement 1787-1947 (tidak lagi dicetak tetapi dapat diperolehi dari kebanyakan perpustakaan). Agak membosankan tetapi lengkap. Tidak penting bagi abad ke-20. Bersifat liberal.

Ekonomi Marxsis

Marx, Value, Price and Profit. Sangat jelas dan ringkas. Perdebatannya menganggap persaingan mantap.

Marx, Wage Labour and Capital. Mengenai nilai lebih.

Sweezy, Theory of Capitalist Development, Monthly Review. Tidak terdapatnya keterangan menyeluruh mengenai ekonomi Marxsis yang baik. Ini merupakan salah satu yang dapat diperolehi. Bukannya bacaan yang menghiburkan.

Mandel, An Introduction to Marxist Economic Theory, Pathfinder. Pengenalan pendek, berguna dan senang dibaca. Mungkin buku paling baik untuk bermula dengan.

Kidron, Western Capitalism Since the War, Penguin. Penting. Penghuraian dan kajian mutakhir.

Sosialisme, kerajaan dan parti

Marx, The Civil War in France. Jika anda tidak membaca apa-apa yang lain oleh Marx, bacalah ini.

Lenin, State and Revolution. Ubat paling sesuai bagi “jalan parlimen.”

Gramsci, The Modern Prince, Penerbit Antarabangsa. Perbincangan susah tetapi berguna mengenai kelas dan parti.

Trotsky, Cliff, Harman, Hallas, Party and Class, Penerbit Pluto. Empat penyumbang bagi masalah-masalah membina sebuah parti revolusioner.

Rusia and Stalinisme

Trotsky, The Revolution Betrayed. Ditulis pada pertengahan tahun 1930-an. Tidak dapat ditinggalkan.

Cliff, State Capitalism in Russia, Penerbit Bookmarks. Memerlukan bacaan Trotsky terlebih dahulu, memberikan kesimpulan mutakhir. Susah tetapi sangat berguna.

Trotsky, Fascism, Stalinism and the United Front 1930-1934, Terbitan Khas Sosialis Antarabangsa. Kebangkitan Hitler dan peranan penting Internasional Komunis.

Morrow, Revolution and Counter-Revolution in Spanyol, Terbitan New Park. Bagaimana Revolusi Spanyol (1936-1938) dicekik.

Ideologi

Harris, Beliefs in Society, Penerbit Watts. Kajian yang sangat baik. Bukannya bacaan yang sangat senang tetapi baik jika dibaca.

Koleksi-koleksi

The Essential Left, Allen dan Unwin. Mengandungi Communist Manifesto, Value, Price and Profit, Socialism: Utopian and Scientific dan State and Revolution. Berguna.

Essential Writings of Karl Marx, disunting oleh Caute, Penerbit Panther. Koleksi berguna dengan petikan-petikan, walaupun dengan ulasan yang tidak membantu.

Karl Marx, disunting oleh Rubel dan Bottomore, Penguin. Satu lagi koleksi berguna dengan pengenalan anti-Marxsis.

Karya-karya umum

World Crisis, disunting oleh Harris dan Palmer, Hutchinson. Cara Marxsis diamalkan. Kajian revolusioner mengenai dunia hari ini.

  1. * Sejak ini ditulis, pertumbuhan inflasi sementara (1972-1973) telah diikuti oleh kemerosotan yang paling mendalam sejak kemerosotan, kedua-duanya berlaku pada skala dunia. Ketidak-stabilan kapitalisme dunia yang semakin bertumbuh kini adalah jelas malah kepada pendapat ‘ortodoks.’

 

Magazine

Solidarity meetings

Latest articles

Read more

Adakah sifat manusia halangan kepada sosialisme?

“Sosialisme adalah idea yang baik, tetapi ia tidak akan berjaya. Anda tidak dapat mengubah sifat manusia!” Inilah bantahan paling biasa dan berpengaruh terhadap sosialisme.

Tiga punca dan tiga bahagian komponen Marxsisme

Oleh Vladimir I. Lenin. Dari Marx, Engels, Marxism. Ditulis pada bulan Mac 1913.

Warisan Karl Marx

Kebenarannya adalah bahawa Marx merupakan seorang pejuang menentang setiap bentuk penindasan dan pengeksploitasian; bahawa seluruh hayatnya digerakkan demi “kebebasan sendiri kelas pekerja”.